Nampaknya Dap sudah menang 10% dalam Prk Bukit Gelugur dan Di Teluk Intan dengar mencipta isu 'Celaka'.
Tujuan wakil rakyat Dap Pulau Pinang memaki hamun Umno sebagai CELAKA berjaya membuatkan orang Melayu Pulau Pinang mengamuk dan menyerang wakil rakyat tersebut hingga ke Dewan Dun Pulau Pinang baru-baru ini.
Apabila wujud ketegangan antara orang melayu dan wakil rakyat dari keturunan hindu itu menyebabkan pengundi keturunan India akan menolak parti kerajaan yang memerintah hari ini. Ini akan memberikan Kemenangan calon Dap yang sedang bertanding di Perak dan Pulau Pinang.
Diharapkan pengundi India terutama di Teluk Intan tidak mudah tertipu dengan cara Dap.
Kepada pemuda- pemuda yang di tangkap oleh polis, di harapkan lain kali janganlah cepat melatah dengan segala isu yang cuba di timbulkan oleh Dap. Sebab Dap sangat bijak menipu rakyat dengan perbagai helah mereka.