Jumaat, 23 Mei 2014

#PRKTelukIntan: ISU CELAKA

Wakil rakyat Dap yang menghina Umno dengan perkataan celaka tidak akan memohon maaf kepada orang melayu.

Katanya dia tidak menghina orang melayu sebaliknya menghina Umno. Ini adalah ayat biasa yang didengar.

Ahli Dap itu bukannya berani pun, kalau hebat sudah tentu dia tunggu kedatangan budak-budak Umno tu, tetapi apabila di serang di buka langkah seribu.

Sekarang musim pilihan raya,  mencela kan Umno hanya strategi politik untuk mengelirukan kaum India supaya tidak menyokong Bn.

Dia juga mahu tarik semua ahli Mic supaya menyokong Dap. Sebagai mana Dap berjaya menakut-nakutkan orang Cina dari parti Mca dan Gerakan.

Kejayaan Dap menarik undi ahli komponen Bn dari kalangan orang Cina berjaya dilakukan sejak 2006 sebelum Pru 12.

Orang Cina di takutkan kononnya sistem pelajaran dalam negara tidak adil kepada kaum cina.

Orang cina dinafikan hak untuk memasuki tempatan,  orang cina tidak di ambil bekerja dengan kerajaan. Semua tohmahan ini adalah tidak benar sama sekali.

Seorang pelajar melayu sekali pun mendapat keputusan yang baik dalam Akademik tetapi tak ada merit pun tidak boleh masuk  IPTA.

Kalau anak cina yang samseng sering melawan guru, tak cemerlang dalam kokurikulum dan ko-akademik pun tak akan diterima masuk IPTA walaupun dapat 9A.

Berbalik kepada wakil rakyat Hindu Dap itu, dia lupa bahawa Umno bermakna melayu,  hina Umno hina lah melayu.

Parti Pas bukan parti Melayu, Pas ialah parti Islam menurut Nik Aziz, sebut Melayu maka jadi assobiah

Dalam kes hina bangsa ini, laporan polis perlu dibuat sebanyak mungkin terhadap wakil Rakyat Dap itu kerana ia boleh mencetuskan huru hara dan ketegangan kaum.

TM yakin beliau tidak akan memohon maaf buat ketika ini, sehingga arahan mohon maaf dibuat oleh Pemimpin parti seperti yang dilakukan oleh Jeff Ooi dahulu. Ianya akan dibuat selepas selesai Prk Teluk Intan.