Jumaat, 9 Mei 2014

Perdana Menteri Kesal Dengan Kejadian Culik Di Sabah



Diterbitkan pada 8 Mei 2014
08/05/2014 -- Perdana Menteri Kesal Dengan Kejadian Culik Di Sabah

Perdana Menteri, Datuk Ser Mohd Najib Tun Razak kesal dengan beberapa kejadian penculikan yang berlaku di Sabah sejak akhir-akhir ini.

Susulan daripada itu, beliau telah pun meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk pergi ke Sabah bagi berbincang tentang kejadian itu bersama-sama dengan Ketua Menterinya.

"Kerana berlakunya perkara ini dan saya dah minta Datuk Zahid dan Datuk Shahidan untuk pergi ke Sabah semalam bagi berbincang dengan Ketua Menteri dan juga Escom untuk mencari jalan supaya kita menguatkuasakan peraturan yang lebih ketat dan tegas lagi.

"Ini terutama sekali menentukan laluan tertentu sahaja yang boleh digunakan oleh sesiapa yang nak masuk keluar kawasan Escom.

"Kalau ada laluan khas ini makanya sesiapa yang masuk keluar dapat diperiksa dapat ditentukan, dan kalau diluar kawasan atau laluan tersebut maka pihak berkuasa boleh ambil tindakan terhadap mereka," katanya.

Mohd Najib menambah, kejeadian itu berlaku berkemungkinan disebabkan motif penculik untuk mencari nilai tebusan.

Jelas beliau lagi, sekiranya mereka mendapat atau menculik orang yang ada nilai komersial maka tebusan yang mereka letakkan lebih tinggi.

"Itu sebab mereka sasarkan pelancong atau orang daripada negara China.

"Dan bila kita jaga lebih ketat resort dan 11 buah resort di kawasan tersebut, mereka cari pula tebusan dimana ada warga negara China yang sedang mengendalikan perusahaan disana.

"Nampaknya kita kena menjaga ketat semua kawasan," jelas beliau lagi.

Terdahulu, beliau ditemui di Majlis Perasmian Rumah UMNO Taiping di Taiping.