Kita selama ini mungkin terkebelakang 10 atau 20 tahun dalam mengejar kemajuan dan pencapaian sistem pelajaran di negara maju seperti England, Norway, Sweden dan sebagainya. Namun kelewatan tersebut tidak menghalang kita untuk terus mengejar mereka agar kita seiring dan sama-sama berada dalam tahap pencapaian yang sama.
Oleh itu setiap kali 16 May tiba setiap kali lah tema perayaan hari guru berubah. Ia menyedarkan kita bahawa pembelajaran perlu berubah setiap masa mengikut kehendak dan keperluan semasa. Enggan berubah, enggan berusaha maka kita akan kekal dan akan ketinggalan kembali ke belakang.
Kini dasar pendidikan negara sudah disemak dan akan diaplikasikan oleh kerajaan sesuai dengan hasrat untuk melahirkan tenaga kerja yang berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Oleh itu falsafah pendidikan negara, rukun negara, sukatan pelajaran perlu diteliti dan dibuat penambahbaikan agar negara dapat melahirkan sumber tenaga yang bukan sahaja mahir dan bidang yang mereka ceburi, tetapi merupakan insan yang baik, setia, berbudi bahasa, bijak berfikir, tahu bersyukur, tidak kufur dan sebagainya.
Seorang rakan yang juga ahli politik berkata, pada tahun ini beliau tidak mahu mengucapkan sebarang ucapan selamat hari guru kerana khuatir ada pula ustaz yang akan menyatakan hukum haram kerana mungkin ianya ditiru daripada mana-mana amalan ritual barat dan sebagainya. Beliau juga menyebut guru-guru hari ini tidak perlu diucapkan apa-apa ucapan kerana ramai di antara mereka tidak pernah menyokong dasar-dasar kerajaan malah mereka menjadi duri dalam daging yang menghasut pelajar mereka agar tidak mempercayai kerajaan yang memerintah.
Memang benar terdapat segelintir guru-guru yang terang-terang berani melawan kerajaan yang memberikan mereka pekerjaan dan kononnya mereka bukan bekerja dengan Umno tetapi bekerja dengan Agong. Gaji mereka bukan dibayar oleh Umno tetapi dibayar oleh rakyat. Ini lah hujah mereka daripada yang bergelar guru, mereka sudah berani turun di jalan raya untuk berdemontrasi membantah apa juga dasar-dasar kerajaan dan berani berada di mimbar masjid dan menghina pemimpin negara.
Ini lah senario guru-guru di negara kita. Di rantau Asia Tenggara ini sistem Perkhidmatan perguruan dan sistem pelajaran kita adalah yang terbaik dan mungkin terkebelakang sedikit berbanding jiran kita selatan Johor. Hari ini kehidupan guru-guru kita jauh sudah berbeza berbanding dahulu. Allahyarham Tan Seri P. Ramlee dalam filem "Masam-masam manis" menggambarkan kisah guru yang terpaksa bermain muzik di sebelah malam kerana gaji guru kecil ketika itu, selepas filem tersebut gaji guru mula disemak dan dibuat penambahan dan kenaikan.
Kini gaji guru sangat lumayan, oleh yang demikian ramai jurutera, peguam sivil dan syariah dan lain-lain berebut memasuki bidang perguruan dengan alasan kerja dengan kerajaan lebih senang hidup. Ramai yang masuk melalui sistem JQAF dan KPLI.
Sayang seribu kali sayang, ramai yang kini lupa diri, ramai yang menabur tuba untuk menjatuhkan majikan mereka, harap mereka yang bijak pandai rujuk lah kitab fiqh, apa hukumnya menentang majikan.
Berbalik kepada tema hari guru tahun ini, ia cukup menarik. Mungkin selama ini sekolah menyambut hari guru dengan cara biasa dan sinonim setiap tahun, tetapi kali ini ada nampak kelainan dan ada unsur kreativiti dan inovasi yang di terjemah kan oleh guru-guru dan seorang wakil rakyat dari Perak. Jom lihat gambar-gambar berikut.