Empat exco Pas dikesan memasuki bilik mesyuarat bersama menteri besar Selangor, Enam exco Pkr dan Dap yang digugurkan masuk ke bilik masing-masing untuk melaksanakan tugas mereka mungkin untuk hari yang terakhir.
Kemungkinan juga kehadiran mereka ialah untuk mengemas dan mengosongkan bilik mereka.
Sebelum ini ada desakan dari Pkr dan Dap supaya semua exco hadir bekerja seperti biasa tetapi tidak boleh masuk mesyuarat. Mereka juga menyeru agar ke empat-empat exco Pas supaya turut memboikot mesyuarat pagi ini.
Pkr dan Dap menyatakan penyingkiran 6 exco itu tidak sah dari sudut undang-undang dan peraturan. Hanya penyingkiran Khalid sahaja yang dianggap sah dan mengikut peraturan.