Selasa, 5 Ogos 2014

Antara pemecatan Anwar dan pemecatan Khalid Ibrahim

Tanggal 3 September 1998 bertempat di PWTC Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhamad telah memanggil satu mesyuarat MT untuk mengambil keputusan sebulat suara memecat Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Presiden Umno dan memecat Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan seterusnya melucut keahlian Umno beliau.

Sebelum dipecat Anwar diberi peluang untuk membela diri dengan hujah-hujah beliau, tetapi sayangnya hujah beliau bukanlah berbentuk penafian dan pembelaan tetapi memaki hamun pihak yang menuduh beliau dan maki hamun itu ditujukan kepada Tun Mahathir. Ahli MT diberikan peluang bersuara. Salah seorang yang lantang dan menyokong pemecatan ialah DS Rafidah Aziz. Menurut Rafidah beliau sudah banyak mendengar cerita salah laku Anwar tetapi tidak berani bersuara. Malam tersebut sudah jelas bahawa apa yang didengar selama ini adalah benar.

Dr Afifuddin Omar pula memberi hujah yang lebih memihak kepada tertuduh dan meminta kes disiasat terlebih dahulu. Afifuddin mungkin tak sedar bahawa Anwar sudah pun disiasat oleh Tan Sri Musa Hassan tentang salah guna kuasa dan salah laku seks yang boleh disebut di mahkamah.

Mat Sabu, Karpal Sigh dan Lim anak beranak terlebih dahulu membawa isu salah laku Anwar kepada umum dan berani menyebut di dalam dewan rakyat.

Tulisan Khalid Jaafar berjudul 50 dalil kenapa Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri telah dibuang oleh Tun Mahathir ke dalam tong sampah. Tun tidak mempercayai segala tuduhan jahat terhadap Anwar tetapi setelah hasil siasatan polis menunjukkan ada prima facie baru lah Tun bertindak menyiasat sendiri dan terbukti benar apa yang disebut oleh Ummi Hafilda.

Sebulan Anwar menjadi gila dengan membuat penafian dan menuduh Mahathir dengan segala tuduhan yang tidak masuk akal seperti musuh beliau yang amat ketat. Kelembutan lidah Anwar memuji dan mengampu Mahathir dalam ucapan penggulungan persidangan agung Umno pada Disember 1997 seolah-olah tidak pernah diungkapkannya.

Anwar kemudiannya ditangkap dan dikenakan 10 tuduhan di mahkamah seksyen dan kemudian kes di pindah kan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Anwar juga didapati bersalah kerana melakukan perbuatan-perbuatan tidak bermoral yang tidak layak dilakukan oleh pemimpin negara tegas Mahathir ketika itu.

Selama ini Anwar sengaja menonjolkan imej warak dan berpegang kepada ajaran agama, misalnya dengan menjadi imam dan berkhutbah, tetapi salah laku seks sumbang yang di lakukannya bertentangan dengan imej tersebut.

Dr. Mahathir berkata, bukti-bukti mengenai perangai tidak bermoral Anwar terlalu kukuh dan ia merupakan punca bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat daripada kerajaan dan UMNO.

Dalam satu afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu, Anwar dikaitkan dengan perbuatan meliwat seorang lelaki dan mempunyai hubungan seks dengan beberapa pelacur.

Di samping itu, Anwar juga dikatakan rapat dengan seorang pengarah syarikat, Datuk Nallakaruppan a/l Solaimalai yang didakwa telah mempergunakannya untuk membocorkan maklumat-maklumat sulit negara. 

Mahathir menegaskan, Anwar tidak layak untuk menerajui negara ini bukan disebabkan oleh soal politik, pertentangan pendapat dengan saya atau ekonomi tetapi disebabkan moralnya yang rendah.

Perbuatan yang dilakukan oleh Anwar tidak dapat diterima oleh Mahathir, tidak dapat diterima oleh parti Umno dan tidak dapat diterima oleh rakyat negara ini.

Tun berkata demikian pada sidang akhbar selepas memberi penjelasan kepada para pemimpin UMNO di peringkat akar umbi mengenai pemecatan Anwar daripada kerajaan dan UMNO di Pwtc.

Antara yang turut hadir pada majlis penerangan itu ialah isterinya, Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Naib Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Sabbaruddin Chik.

Pada majlis itu, Mahathir menjelaskan bahawa tiada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar seperti yang didakwa.

Mahathir juga menerangkan bagaimana beliau membuat keputusan untuk memecat Anwar, orang yang diasuh untuk menggantikannya memimpin Malaysia. Menurut Dr. Mahathir, selain penyiasatan polis, beliau sendiri membuat siasatan mengenai tuduhan-tuduhan seks terhadap Anwar dan mendapati bukti-buktinya tidak dapat dipertikaikan.

''Apa yang saya tahu ialah Anwar tidak layak dan saya tak fikir ada sebab lain. Dia tidak lagi dilihat boleh diyakini untuk menjadi pemimpin negara. Saya amat yakin dengan semua bukti yang ada dan apa yang telah dibuat." Mahathir

Bagaimana pun, Mahathir enggan mendedahkan bukti-bukti yang beliau perolehi sebab saya tidak mahu menyakiti orang lain kerana apa yang berlaku amat memalukan.

Mahathir secara peribadi bertanggung jawab membawa Anwar, bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), masuk UMNO pada tahun 1982 dan mendidiknya sehingga menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

Menurut Mahathir lagi beliau sepatutnya memilih memecat musuh bukan seorang kawan dan anak didik beliau Anwar.

Mahathir juga menambah, dalam kegawatan ekonomi sekarang dan menjelang temasya Sukan Komanwel, beliau cuba mengelak krisis politik tetapi apa yang berlaku sudah di luar kawalan.

Pada sidang akhbar itu, beliau beberapa kali berkata ''Anwar adalah kawan saya, tetapi tindakan memecatnya daripada kerajaan dan parti terpaksa dilakukan.

Selepas dipecat, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menafikan tuduhan-tuduhan ke atasnya yang di bangkitkan dalam afidavit di Mahkamah Tinggi minggu lalu.

Menurut Tun, perlakuan tidak bermoral membabitkan Anwar sebenarnya telah lama dilakukan tetapi beliau baru sahaja tahu.

Mahathir berkata, pada tahun lalu ( 1997) apabila terdapat tuduhan mengenai salah laku Anwar, beliau sedikit pun tidak mempercayainya. "Saya kata ini fitnah untuk menjatuhkan Timbalan saya. Saya tolak sama sekali. Saya tak baca (surat mengenai tuduhan itu), tetapi sekarang sudah terlangsung jelas."

Setelah selesai perbicaraan, Anwar didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun bagaimana pun beliau dibebaskan selepas 6 tahun berada dalam penjara Sungai Buloh.

Anwar kembali aktif dalam politik selepas bertanding dalam PRK Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 dengan memaksa Wan Azizah mengosongkan kerusi tersebut.

Kini selepas menjadi Ketua Umum Pkr, Anwar terus menunjukkan sifat kuku besi seperti mana yang dilakukan dalam ABIM dan Umno.

Sewaktu dalam Umno beliau akan memecat sesiapa sahaja yang cuba mencetuskan tentangan terhadap beliau dan kroni-kroni beliau.

Bukan sahaja ahli-ahli dan pemimpin Umno yang dipecat, Anwar juga sesuka hati menukar pengerusi dan pengarah-pengarah syarikat kepentingan kerajaan dengan meletak orang-orangnya. Anwar juga campur tangan dalam menentukan bahawa pengikut beliau mentadbir semua universiti terutamanya Universiti Islam Antara bangsa Gombak.

Kini segala-galanya berulang kembali setelah menjadi Ketua Umum parti Pkr. Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim adalah mangsa terbaru dalam ujian beliau menjadi pemimpin kuku besi.

Hari ini Khalid diberi surat tunjuk sebab. Kebiasaannya surat tunjuk sebab hendaklah pihak kedua atau tertuduh dikehendaki memberi jawapan bertulis dan  sebab-sebab agar tindakan tidak boleh diambil tetapi surat tunjuk sebab Pkr kepada Khalid ialah menceritakan kenapa beliau perlu melepaskan jawatan dan menyerahkan kerusi tersebut kepada isteri beliau.
Tambah sikit lagi,

Berapa orang china doll yang dilanggan, berapa orang lelaki yang sudah terkoyak bontot, berapa ramai isteri orang yang dibaham oleh Khalid Ibrahim sehingga Saifudin menuduh Khalid mempunyai kecelaruan intergreti.

1 ulasan:

  1. Saifudin otang yang baik. Dulu bersama PAS namun nampak macam kelam aje lalu maduk PKR.... adakah pudin ini tertarik dengan anak pemimpin yang jadi janda sehingga all out memihak kpd bakal mentuanya?

    BalasPadam