Selasa, 12 Ogos 2014

Dap sesak nafas dengan sikap berdiam diri Pas.

Sewaktu permulaan krisis menteri besar Selangor,  Dap begitu lantang mencerca dan menghina Pas, Pas juga dikatakan boleh keluar pakatan jika tidak menyokong Kajang Move dan tidak menyokong perlantikan Azizah.

Kini setelah pihak istanat menolak Azizah dan menolak permohonan mengadap oleh Pkr, Dap dilihat semakin tidak tentu arah. Dap baru sedar akan kepentingan Pas di dalak Pakatan.

Nga dan LGE begitu terdesak dengan situasi di Selangor sekarang.  Ini kerana Pas tidak menyokong perlantikan Azizah sebagai menteri besar Selangor.

Pendirian Pas mudah,  mereka tidak mahu menteri besar wanita lebih-lebih lagi isteri Anwar.  Pas boleh menerima orang lain asalkan bukan wanita dan bukan Azizah.

Oleh itu Dap mendesak agar Pas menjelaskan kedudukan dan pendirian parti itu dengan kadar segera.

Dap mahukan undi Pas dalam mengundi tidak percaya kepada Khalid, bagi membolehkan pengganti Khalid di buat.

Dap sedar bahawa kedudukan Dap dan Pkr semakin lemah di Selangor, ini kerana berita 3 Adun Pkr akan keluar parti dan menjadi adun bebas. Sekiranya Pas dan Umno menyokong Khalid,  bermakna Pkr dan Dap hilang kuasa di Selangor.

Dap sedar kesilapan nya mencerca dan mengugut untuk menyaman ahli parlimen Pas Temerloh memberi impak negatif kepada Pakatan.

Ditambah dengan kegagalan rundingan Anwar - Hadi Awang kelmarin.

Sekian.