Selasa, 12 Ogos 2014
Jangan tutup Facebook tetapi tutup Cyber Cafe.
Baru-baru ini Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Ahmad Shabery Cheek mencadangkan untuk mengkaji kewajaran menutup aplikasi Facebook di Malaysia.
Kenyataan beliau menerima impak yang merisaukan ramai pengguna FB yang berjumlah 15 juta orang di Malaysia. Ini ekoran daripada masalah penyalahgunaan aplikasi tersebut untuk menghina pihak lain yang menyentuh sensitiviti agama, budaya dan kaum. Paling menjengkelkan ialah penghinaan kepada ketua negara dan sultan.
Setakat hari ini pihak berkuasa menerima 2000 laporan atau 0.0001% daripada 15 juta pengguna yang menyalahi undang-undang. Ternyata ia sangat kecil berbanding pengguna facebook tulen yang menggunakan secara berhemah.
Facebook mencetuskan fenomena baru kepada pengguna internet di seluruh dunia dan sehingga kini masih belum dapat dicabar oleh aplikasi lain.
Terdahulu pengguna internet berkomunikasi melalui pelbagai cara seperti yahoo masengger, netscape video call, IRC , Icq, dan bermacam-macam lagi, kini semua tinggal kenangan dan dilupakan,
Aplikasi yang kekal popular masih milik facebook. Ini kerana aplikasi facebook boleh digunakan pada komputer dan smart phone. berbeza dengan setengah aplikasi lain yang hanya berfungsi dengan smart phone sahaja.
Pengguna komputer yang mempunyai capaian internet semakin meningkat (2010 mencecah 17 juta), pengguna smart phone juga semakin bertambah setiap hari. Tidak seperti 10 atau 15 tahun lalu pengguna komputer yang mempunyai capaian internet amat kecil.
Dahulu untuk menggunakan internet kos pemasangan talian adalah mengikut jarak jauh, makin jauh semakin mahal. ( semasa menggunakan jaring)
Apabila di perkenalkan talian dail up 1515 oleh Telekom Malaysia, kos internet menjadi sedikit murah iaitu RM1.50 sejam.
Oleh itu Cyber Cafe menjadi pusat maklumat yang digemari oleh pelayar internet walaupun kelajuan nya sangat rendah 14 kbps, kemudian dipertinggkatkan kepada 24kbps, 36kbps dan hari ini mencapai tahap kelajuan tinggi dengan Unify.
Masalah Cyber Cafe
Pusat Cyber mula diwujudkan pada pertengahan 90an dan ketika itu pengguna ke sana untuk berchatting menggunakan IRC, email dan browsing internet. Lama-kelamaan cyber cafe menjadi pusat permainan interaktif , pernah berlaku seorang kanak-kanak sekolah menipu keluarganya kononnya akan menyertai lawatan sekolah dan memohon wang belanja dari ibu bapa tetapi kanak-kanak tersebut dikesan berada di pusat cyber cafe untuk bermain permainan komputer dan berlawan dengan rakan-rakan diluar negara. Makan minum dan mandi disediakan oleh pihak cyber cafe
Kini cyber cafe naik taraf lagi, ia menjadi pusat judi kuda. Sudah ramai anak-anak muda menghabiskan wang PTPTN, wang saku dan wang gaji mereka di cyber cafe alaf baru. Cyber cefe memberikan masalah baru kepada negara. Di Taiping kini terdapat lebih dari 60 buah pusat judi yang berselindung dibawah nama cyber cafee dan pusat rekreasi keluarga. Ia tumbuh bagai cendawan selepas hujan di setiap taman-taman perumahan yang baru.
Di Kamunting terdapat laporan pusat judi ini menyediakan premis untuk menyimpan motosikal pelanggan agar kegiatan mereka sukar dikesan oleh pihak berkuasa.
Dahulu, orang mengunjungi cyber cafe dengan tujuan berkomunikasi, browsing dan email. kini hampir semua pengguna internet mempunyai broadbrand atau capaian internet sendiri samada menerusi talian tetap atau mobil, jadi peranan cyber cafe semakin kecil. Oleh yang demikian cyber cafe kini bertukar menjadi pusat judi.
Cyber cafe boleh dibuka dengan syarat dibawah seliaan dan kawalan pihak kerajaan seperti Jabatan Belia dan Pusat Khidmat Kerajaan atau sebagainya.
Kepada Datuk Ahmad Shabery Cheek. Elokkan ditutup dan diharamkan sahaja pusat judi atau cyber cafe ini kerana ia lebih mendatangkan masalah kepada negara. Jika semua cyber cafe diharamkan TM yakin mereka yang ingin membuat onar dalam facebook pun akan terhapus dengan sendirinya.