Rabu, 13 Ogos 2014

Presiden PAS menolak Datuk Seri Wan Azizah Sebagai MB Selangor


Datuk Seri Hj Hadi Awang ketika dihubungi oleh wartawan Harakah pagi tadi menyatakan  Wan Azizah tidak layak menjadi MB Selangor bagi mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

" Wan Azizah tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor kerana tiada pengalaman mentadbir kerajaan dan dikhuatiri setiap keputusan yang dibuat akan dipengaruhi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sepertimana yang terjadi sebelum ini. Bagi seorang wanita seharusnya menjadi  pedamping kepada suaminya mengikut ajaran islam dan begitu banyak kelemahan Wan Azizah terserlah ketika menjadi wakil rakyat. Malah menurut Presiden PAS itu, tugas-tugas  Menteri Besar  adalah penting kerana ia turut menjadi penasihat Agama Islam kepada DYMM Tuanku dan tidak boleh digalas oleh seorang wanita. Beliau turut dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS berkaitan tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim menghantar borang permohonan menyertai PAS semalam ".

     " Sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat, PAS mempunyai pendirian yang tetap dan keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada Majlis Syura Ulama.  PKR tidak boleh menggunakan kuasanya bagi memutuskan siapa yang layak menjadi MB Selangor sepertimana yang diputuskan oleh Anwar Ibrahim baru-baru ini. Presiden PAS turut berpendirian bahawa telah mempunyai calon dikalangan pemimpin PAS Selangor yang layak dilantik menjadi Menteri Besar Selangor memandangkan PAS memiliki 15 kerusi DUN tetapi Anwar Ibrahim masih tetap meletakan Wan Azizah".

       Mengulas spekulasi Calon MB Selangor dari kalangan pemimpin PAS,    "Senarai nama calon akan diputuskan melalui Majlis Syura Ulama dalam masa terdekat. Keputusan Anwar Ibrahim juga bersifat peribadi dan beliau mengakui telah menerima kunjungan daripada Anwar Ibrahim pada hari Isnin lalu tetapi tetap menolak hasrat supaya Wakil Rakyat PAS Selangor menandatangani Akuan Bersumpah berhubung isu pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim. Kesal dengan pergolakan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat yang menunjukkan kegagalan Anwar Ibrahim menyelesaikan kemelut politik bermula dari pemilihan PKR hingga berlakunya pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim".

    " Kesal selaku pemimpin yang lama setiap keputusan  Anwar Ibrahim dipengaruhi  oleh Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution yang dilihat sebagai budak hingusan dan banyak mendatangkan masalah kepada Pimpinan Pakatan Rakyat. Kedua-dua mereka ini merupakan mentor kepada Anwar Ibrahim termasuk memulakan Langkah Kajang lalu yang turut memusnahkan kesepatakan Pakatan Rakyat yang terjalin selama ini ". - Harakah

NOTA KAKI
Oleh kerana ini isu Pas, maka artikel ini boleh dipercayai