Hari selepas isu soalan Bahasa Inggeris I dan II disahkan bocor oleh Kementerian Pelajaran telah menyebabkan ibu bapa dan calon sendiri menerima tekanan.
Ada calon yang menangis kerana kecewa dengan kes soalan bocor. Apa tidaknya setelah berhempas pulas berusaha tiba-tiba diumumkan soalan bocor dan calon dikehendaki menduduki semula dua kertas tersebut pada 30 September depan bersamaan hari Selasa.
Ada ibu bapa yang merancang untuk membawa anak bercuti pada minggu hadapan pun ada yang terpaksa membatalkan percutian untuk memberi tumpuan kepada kertas ulangan pada 30 September ini.
Cuma nak beri sedikit nasihat kepada ibu bapa yang telah menempah tiket penerbangan dan penginapan agar tidak membatalkan hasrat mereka, kerana ia akan memberi kesan negatif kepada anak mereka.
Ketika ini anak perlu berehat fizikal dan minda, mereka sudah letih selama 8 bulan untuk menghadapi Upsr, otak mereka sudah tepu dan tidak mampu lagi untuk mengulangi pelajaran. Mereka wajar dibawa berehat dan bercuti.
Sebelum ini mereka tidak dapat bercuti pun, cuti dua minggu yang lepas sekolah membuat kelas tambahan, jadi cuti seminggu yang bermula Jumaat 12 sehingga 21 September ini perlu di manfaatkan oleh mereka.
Ibu bapa jangan lah terlalu tertekan atau stress keterlaluan. Anak-anak anda sudah 3 hari menduduki peperiksaan ini dan mereka tidak gentar atau risau lagi. Biarlah mereka berhibur dan bercuti dan sudah tentu apabila minda mereka tenang kembali mereka akan bersedia untuk mengulang semula dua kertas tersebut.