Khamis, 11 September 2014

UPSR: JPN nafi kebocoran berlaku di Perak



Oleh SAYED HESHAM IDRIS

IPOH 11 Sept. - Jabatan Pendidikan negeri menafikan maklumat yang tersebar di media sosial bahawa seorang guru di negeri ini telah ditahan kerana disyaki bertanggungjawab membocorkan soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.

Pengarahnya, Idris Ramli berkata, hasil semakan di kesemua 10 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mendapati tidak berlaku kes soalan UPSR bocor di mana-mana sekolah di negeri ini.

"Setakat ini jabatan tidak terima laporan mengenai seorang guru di negeri ini ditahan kerana bocorkan soalan UPSR," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Visit website