Sabtu, 13 September 2014

#PRK Pengkalan Kubor: Penamaan calon




Cuaca mendung tidak menghalang ratusan penyokong berkumpul di situ menunggu pencalonan Mat Razi Mat Ail dari Umno dan Wan Rosdi Wan Ibrahim dari PAS bagi pilihanraya kecil (PRK) dewan undangan negeri (DUN) Pengkalan Kubor.
TUMPAT:  Pekan Tumpat pagi ini meriah dengan kelibat ratusan warganya serta sorakan yang diwarnai dengan kibaran bendera biru dan hijau di sepanjang jalan.

Cuaca mendung tidak menghalang ratusan penyokong berkumpul di situ menunggu pencalonan Mat Razi Mat Ail dari Umno dan Wan Rosdi Wan Ibrahim dari PAS bagi pilihanraya kecil (PRK) dewan undangan negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Penyokong kedua-dua parti berkumpul di pusat pencalonan seawal 7.00 pagi dengan dipantau anggota polis yang berkawal di situ sejak sebelum subuh.

Beberapa Menteri turut kelihatan bagi menzahirkan sokongan terhadap Mat Razi, antaranya Timbalan Perdana Menteri juga  Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan juga Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Pelajaran II Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Kira-kira jam 8.30 pagi, calon PAS, Wan Rosdi tiba diiringi pemimpin PAS dan PKR diikuti calon Umno, Mat Razi  dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary seketika kemudian.

Berita lanjut menyusul


Tiada ulasan:

Catat Ulasan