Rakyat Malaysia terutamanya Melayu libang libu dengan kenyataan Tun baru-baru ini mengenai kaum Melayu yang malas dan gelap mata apabila melihat duit..
Sebagai anak Kedah dan kemudian berhijrah ke Singapore untuk belajar, merasai keperitan hidup di zaman Jepun dan Bintang 3. Pengalaman beliau menjadi doktor dan perdana menteri sudah cukup kukuh buat beliau untuk melabelkan Melayu masih malas. Beliau mempunyai hujah yang cukup jelas dan harus ditelan oleh orang melayu walaupun pahit.
Otak orang melayu sama seperti otak orang Korea, Jepun dan orang putih. Otak orang Jepun kalau dilelong sudah tidak ada harga lagi sebab hampir keseluruhan otaknya sudah digunakan. Otak orang melayu tinggi nilainya sebab masih banyak ruang kosong yang belum digunakan. Sebab apa? Jawapannya sebab malas.
Orang orang melayu kurang berfikir, sebagai contoh kalau dia lihat hutan yang cantik dan kehijauan maka paling tinggi dia mampu buat ialah mencipta syair dan gurindam memuji keindahan alam. Berbeza dengan bangsa lain yang melihat hutan sebagai potensi besar untuk mereka mendapat wang dan menjadi jutawan. Hutan akan diteroka, kayu ditebang dan dijual sebagai balak haram, tanah yang kosong akan ditanam dengan pokok-pokok yang mendatangkan hasil seperti getah, kelapa sawit, gaharu dan lain-lain.
Apabila orang asing membawa jentera besar-besar ke dalam hutan, orang Melayu menonton jentera-jentera dengan penuh minat tanpa mempersoalkan apa yang mereka dapat dan kesan kepada alam.
Orang Melayu sejak dahulu suka berniaga tetapi tak ramai melayu berjaya sebab mereka berniaga hanya pada bulan puasa. habis puasa semua duduk rumah mengadap Astro menonton cerita Korea, Filipina, Indonesia dan paling hebat ialah cerita Hindustan.
Orang melayu sehingga hari ini pantang jumpa tanah kosong. jika ada mereka akan buat kebun. Tak percaya lihat sendiri di taman perumahan. Setahun pertama taman tersebut kelihatan cukup cantik, masuk tahun kedua sudah penuh dengan pokok pisang, pokok ubi, serai dan tak kurang juga ada yang memelihara ayam itik dan lembu.
Yang berummah ditepi jalan besar pula gemar memacak tiang untuk buat gerai menjual cucur pisang, jual kueh dan tak kurang juga yang menjadikan gerai sebagai restoran khemah menjual segala macam makanan. Sudah tentu menu rakyat seperti mee rebus, laksa, roti canai dan lain-lain menjadi pilihan utama.
Bila ditanya, adakah mereka mempunyai lesen perniagaan , mereka akan jawab. " tak perlu ambil lesen nanti kena cukai". Ini lah masalah orang melayu yang malas menggunakan otak. tetapi mereka hairan bagaimana bangsa lain boleh buka restoran besar-besar dan ada cawangan di merata tempat.
Melayu masih tidur dan masih hidup gaya lama tak mahu berubah. Mereka masih masuk hutan dan mencari buluh dan kayu apong untuk membina gerai buah, gerai air jus, gerai cucur pisang keju dan lain-lain. Habis bahu jalan dan tapak parking kereta dijadikan gerai, tanpa lesen dan tanpa permit. Jika BPT datang mereka akan keluarkan parang....Ini budaya amuk melayu.
Jika ada melayu yang maju sikit dan ada lesen kontraktor F atau bekalan dan perkhidmatan pun mereka masih malas. Mereka sepanjang hari minum di kantin pejabat-pejabat kerajaan untuk mencari kerja dan bila dapat sudah ada apek tua yang sedia memikul tugas mereka. Apa salahnya jika mereka belajar buat sendiri, cari pekerja, gajikan graduan-graduan ukur bahan, jurutera awam untuk membina sebuah syarikat melayu tulen. Ini tidak, semuanya adalah kerana mereka malas untuk berfikir dan malas untuk menanggung risiko.
Cuba kita lihat orang melayu ramai yang buat teksi sapu, van sapu, bas sekolah haram dan bas persiaran haram menggunakan van 12 penumpang. Cuba lihat sejauh manakah mereka mampu pergi dengan hidup secara haram.
Sudah tentu mereka tak akan maju kerana takut nak daftar perniagaan, takut nak bayar lesen, takut nak test kenderaan setiap 3 bulan sekali. Semuanya takut. Ia berbeza dengan bangsa lain yang buat kerja dengan betul, Ada yang bermula dengan sebuah bas mini untuk bawa pelajar sekolah tetapi kini memiliki berbelas buah bas dari sebesar van 12 penumpang hinggalah bas persiaran mewah yang harganya berjuta ringgit. Ini kerana mereka tidak malas berfikir.
Nak cerita tentang melayu malas ni sebulan pun tak habis, cukuplah takat tu