Isnin, 26 Januari 2015
Masjid Kg Expo Pecah Panggung dengan Ceramah Maulidur Rasul
Kelmarin Ahad 25 Januari 2015, Masjid Jamek Kampung Expo sekali lagi menjadi tempat Pas berpolitik. Pada kain rentang tertulis majlis sambutan Maulidur Rasul dengan menggunakan nama penceramah terkenal Ustaz Roslan Che Ros, tetapi yang hadir ialah Husam Musa dan Hadi Awang.
Oleh itu solat subuh pagi kelmarin agak luar biasa, kereta penuh membanjiri sampai ke luar jalan, kebanyakan adalah dari luar kariah. Kuliah subuh disampaikan oleh Ustaz Husam Musa dari Kota Bharu, Kelantan.
Sepatutnya Ustaz Husam Musa menyampai kan ceramah mengenai sirah Rasulullah tetapi apa yang disampaikan oleh ustaz itu menyimpang jauh sama sekali.
Beliau menyentuh tentang banjir zaman Nabi Nuh, menceritakan bagaimana Nabi Nuh mereka cipta sebuah bahtera besar yang boleh membawa haiwan ternakan, termasuk nyamuk da membawa pokok serta umat baginda.
Mengenai banjir di Kelantan yang dianggap paling besar dalam sejarah negeri, beliau menceritakan bagaimana haiwan peliharaannya seperti kambing jana pari 11 ekor, burung puyuh, 4 ekor kucing miliknya yang tahu bahawa bencana akan tiba. Katanya semua haiwan berjaya menyelamat kan diri dengan mencari tempat selamat yang lebih tinggi. Beliau menegaskan bahawa air naik begitu cepat dan menenggelam separuh rumahnya.
Ustaz Husam tidak berani menceritakan punca sebenar dan kenapa banjir tsunami kecil yang memusnahkan Daerah Gua Musang dan Kuala Krai. Sedikit pun tak disebutnya.
Sepatutnya, Ustaz Husam Musa menceritakan bahawa banjir besar dan terburuk dalam sejarah negeri Kelantan adalah berpunca daripada aktiviti manusia dari Umno BN yang tamak meneroka dan menggondol kan bukit untuk tujuan balak dan kelapa sawit atau sebagainya.
Ustaz Husam Musa sepatutnya mengutuk perbuatan zalim manusia yang tamak harta dunia sehingga menyebabkan kemurkaan Allah dan membalasnya dengan bencana tsunami kecil.
Selepas bab banjir dan kisah bahtera Nabi Nuh, Ustaz Husam menceritakan kehebatan Mantan Menteri Besar Kelantan Dato Seri Nik Aziz yang koma pun boleh bangun untuk solat tahajud dan koma kembali selepas selesai solat.
Agaknya Pemimpin Pas ada memasang CCTV yang membolehkan mereka monitor setiap gerak geri pesakit yang sedang koma.
Ini boleh catatkan dalam buku rekod dunia di mana seorang pesakit yang koma setelah diberi ubat atau dadah yang paling kuat mampu sedar untuk solat tahajud dan kembali koma selepasnya.
Ustaz Husam Musa menceritakan bagaimana seorang ulama daripada Pakistan yang melawat mantan menteri besar yang sedang koma mampu berbual dalam bahasa Urdu dan Nik Aziz mampu berbual walaupun dalam keadaan sakit yang berat.
Dengan ayat itu Ustaz Husam selesailah ceramah politik yang penuh dengan cerita tahyul mengenai orang koma.
Selepas itu giliran Presiden Pas Dato Seri Hadi Awang menyampai kan ceramah yang yang ringkas tetapi sayangnya ramai jemaah telah balik selepas ceramah maulidur rasul yang hebat oleh Ustaz Husam Musa.
Selepas ceramah ringkas yang tidak bermaya, Ajk Masjid telah membawa Presiden mereka untuk bersarapan pagi di Markaz Pas di Air Kuning.
Sedih! Sejak perpecahan Pas dan Pasma telah menyebabkan kehadiran Presiden Pas menjadi hambar.
Hebat lagi sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh Econsave Kamunting bersama Perkasa Taiping.
Sekian/..........