Khamis, 22 Januari 2015

Taiping dijadikan bandar bersejarah?



Dahulu tercatat dalam sejarah tanah air bahawa Taiping mempunyai 33 yang pertama dalam Malaysia.

Dahulu juga ada program Heritage Trail, pernah dilihat beberapa pemandu pelancong membawa pelancong domestic dan dari luar negara untuk melihat sendiri 33 tempat yang menarik di bandar ini.

Kini 2015, masih wujud lagi kah kesan sejarah tersebut? Apa yang dilihat sudah banyak yang hancur dan tidak dipedulikan lagi.

Rumah Rehat pertama berhadapan SK King Edward VII di Jalan Stesen sudah hancur, bangunan kerajaan lama juga hancur, rumah-rumah lama tinggalan sejarah sudah hancur.

Sejak Dap menguasai Taiping, dilihat banyak yang sudah musnah hancur lebur. Kini yang kekal ialah market yang usang di tengah bandar.

Apabila rakan rakan bertanya mengenai tempat bersejarah untuk mereka lihat hanyalah muzium, zoo, bukit larut yang sudah sepi, muzium bijih timah di Matang, menara jam yang hampir runtuh. Tak ada apa lagi yang hendak dimegahkan.

Menteri Pelancongan telah melawat Taiping tahun lepas dan bercadang hendak menjadikan Taiping bandar bersejarah tetapi apa yang dibuat sehingga kini, Nga Kor Ming pun tidak mempunyai idea tetapi hanya tahu mengkritik dan mencela, tiada usaha untuk menjadikan Taiping terkenal seperti dahulu.

Berikut adalah petikan berita kunjungan menteri pelancongan ntahun lalu.

TAIPING 6 Julai - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bercadang menjadikan Taiping yang kaya dengan pelbagai produk pelancongan sebagai bandar bersejarah.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pihaknya akan berunding dengan kerajaan negeri berhubung perkara itu bagi memastikan khazanah pelancongan di Taiping, yang kini dikenali sebagai bandar warisan, terpelihara.
"Banyak bangunan dan tempat bersejarah di Taiping seperti stesen kereta api, Bukit Maxwell dan Kuala Sepetang. Saya bimbang sekiranya (bangunan bersejarah) diruntuh dan dibangunkan dengan pembangunan lain, maka akan hilang khazanah pelancongan di Taiping," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Muzium Taiping di sini hari ini sempena program Muzium Bersama Komuniti.
Mohamed Nazri mengadakan lawatan di Perak selama dua hari dan ia merupakan lawatan pertamanya ke negeri ini selepas dilantik sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.
Beliau berkata, produk pelancongan di daerah ini termasuk Muzium Taiping akan dinaik taraf sebagai ikon pelancongan bandar Taiping.
"Saya kagum dengan artifak-artifak yang terdapat di dalam muzium ini.
Sememangnya anak-anak sekolah mesti dibawa ke sini untuk melihat perkara yang sebenarnya wujud di negeri ini seperti permainan tradisional, makanan tradisi di Perak dan sebagainya," katanya.
Sehubungan itu, bagi menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara berkunjung ke muzium, beliau berkata penambahbaikan perlu dilakukan di tempat penyimpanan barang-barang bersejarah itu.
"Kementerian akan mengkaji semula bentuk penambahbaikan yang perlu dilakukan serta kos yang perlu diperuntukkan," jelasnya.
Program yang diserikan dengan persembahan kebudayaan seperti wayang kulit, dikir barat dan pancaragam sekolah turut menempatkan 47 gerai pameran melibatkan produk pelancongan, kesihatan dan kraftangan.

Diharapkan TDC Perak dapat lah buat kunjungan atau lawatan kerja dan lihat sendiri untuk penambahbaikan bandar bersejarah. Jangan jadi bandar ini tinggal dalam gambar dan cerita sahaja.