Sabtu, 17 Januari 2015

Tekun yang banyak duit, ramai yang gelap mata.



Bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional Datuk Abdul Rahim Hassan, direman tujuh hari, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan daripada syarikat pengutip hutang.

Beliau akan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Tabung yang diuruskan suspek itu adalah sebuah badan di bawah sebuah kementerian.

Suspek didakwa melakukan kesalahan itu bermula 2011 hingga tahun lepas, dengan meminta rasuah daripada syarikat pengutip hutang mengikut peratusan dan sebagai balasan, kontrak perkhidmatan syarikat itu dilanjutkan.

Siasatan awal mendapati, suspek memperoleh RM20,000 hingga RM70,000 sebulan, sepanjang tempoh berkenaan.