Ahad, 11 Januari 2015

Solat Jumaat menggalak ekstremisme?

Kejadian pembunuhan 12 orang di pejabat Charlie Hebdo Perancis telah menyebabkan Perdana Menteri negara itu tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan bahawa Perancis akan memerangi aktiviti ekstremis islam, kumpulan jihad dan lain-lain yang berkaitan dengan keganasan Islam.

Itu baru kematian 12 individu tenaga kerja penerbitan majalah satira mingguan yang gemar menghina, mencela dan merendah-rendahkan Nabi Muhammad serta penganut agama Islam. Israel bunuh rakyat Palestine setiap hari tidak pula dilabelkan sebagai pengganas.

Ketua Polis Negara berkata, perlunya dipertahankan Akta Hasutan dinegara ini bagi mengelakkan kejadian seperti yang berlaku kepada Charlie Hebdo.

Jika Perancis bertindak melarang dan menutup penerbitan Hebdo yang beroperasi sudah 24 tahun itu, nescaya tidak akan berlaku insiden serangan dan pembunuhan itu.

Kini terdapat media barat yang menyatakan penyerang tidak boleh dikaitkan dengan Islam kerana ia dilakukan oleh sekumpulan kecil kumpulan militan yang menggunakan nama Islam seperti ISIS, Boka Haram dan sebagainya. Ada juga pihak juga menyatakan insiden itu agenda Zionis. Ianya kerana Perancis sangat berlembut dengan Islam dan banyak memberi kebebasan dan ruang untuk Islam berkembang di negara itu.

Berbalik kepada negara kita Malaysia,  baru-baru ini seorang rakyat Malaysia bernama Eric Paulsen telah menuduh Jakim membenarkan dan mempromosi ekstremis dan keganasan setiap Jumaat.

Kenyataan beliau ada kebenarannya, mungkin dia pernah masuk ke masjid dan menunaikan solat Jumaat seperti sami Buddha yang bersolat bersama jemaah di sebuah negeri yang dilanda banjir besar baru-baru ini.

Ini kerana bukan semua masjid dan surau diri Jumaat yang akur dengan arahan dan kehendak Jakim. Sebalik masjid atau surau digunakan untuk aktiviti politik yang melampau. Khatib enggan membaca khutbah yang disediakan oleh Jakim. Sebaliknya mereka pandai-pandai mereka-cipta teks khutbah mengikut cita rasa kumpulan mereka.

Sebagai contoh di Masjid Kampung Expo Kamunting Taiping Perak. Iman yang bernama Osman Noh yang memiliki kerakyatan Thailand dan bekas anggota tentera kor agama tidak akan membaca teks khutbah yang disediakan oleh Jakim, jika dibaca pun ia tidak akan sama seperti yang asal, pasti ada tokok tambak, tolak buang untuk kepuasan hati beliau dan kumpulan ekstremis yang beliau sokong iaitu Pas.

Cerita Osman Noh teramat banyak jika nak didedahkan. Elok lah di tamatkan elaun imam beliau kerana tindakan beliau memecah belahkan keharmonian umat Islam.  Stop! Jom baca kenyataan Jamil Khir yang menyangkal tuduhan Eric Paulsen.

"Khutbah Jumaat tidak pernah sama sekali menggalakkan ekstremisme atau keganasan dalam sebarang bentuk seperti yang didakwa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sebaliknya beliau berkata khutbah merupakan rukun dalam solat Jumaat yang disampaikan secara lisan dan berunsur pendidikan untuk memberi nasihat keagamaan, menaikkan semangat dan menimbulkan keinsafan.

“Ia juga menyampaikan dasar-dasar negara dan isu-isu semasa hanya sesama orang Islam. Adakah peringatan sesama umat Islam ini wajar dikatakan ekstrem?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya menjadi peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menerbitkan teks khutbah Jumaat dan menyelaras aktiviti di atas mimbar sebagaimana pentadbiran tempat ibadat agama lain yang mempunyai aktiviti dan pentadbiran tersendiri.

Sehubungan itu beliau berkata tuduhan bahawa Jakim sebagai badan yang mempromosi atau menggalakkan ekstremisme semasa khutbah Jumaat merupakan perlakuan tidak bertanggungjawab dan amat serius.

“Tuduhan individu berkenaan bersifat provokasi kepada keharmonian antara agama yang dinikmati selama ini.

“Kenyataan beliau boleh disalah tafsir secara mudah bahawa ia merujuk kepada khutbah Jumaat,” kata Jamil Khir mengenai kenyataan individu berkenaan yang dimuatkan dalam twitternya.

Memandangkan kenyataan individu itu yang sengaja mencetuskan sensitiviti kepada umat Islam, beliau meminta Jakim membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan sewajarnya.

“Saya mengingatkan orang ramai supaya berhenti daripada terlibat mencipta atau menyebarkan sebarang bentuk maklumat yang boleh mengganggu keharmonian masyarakat,” katanya."

Nota kaki

Imam yang haprak seperti Osman Noh wajar di pecat oleh JAKIM.