Sabtu, 10 Januari 2015

Rafizi Ramli Yang Sakit Mental



Ahli Parlimen Pandan dan Naib Presiden PKR sah seorang yang sakit mental oleh itu beliau diharapkan dapat merujuk ke mana-mana hospital untuk berjumpa pakar psikologi untuk rawatan dan pemulihan.

Kita semua tahu dia adalah hero rakyat kepada penyokong pas, pkr dan dap. Oleh kerana perjuangannya yang lantang dan keras menghentam kerajaan, dia dipilih untuk bertanding di Parlimen Pandan dan berjaya menewaskan calon MCA yang mempunyai masalah dalaman. Akan tetapi sayang seribu kali sayang sama seperti bos nya dia juga mengidap penyakit busuk hati yang sukar diubat dengan perubatan moden.

Bermacam-macam kempen dirancang oleh Rafizi untuk melemahkan pentadbiran kerajaan. Antaranya kempen turunkan harga kereta, menjahanamkan projek ternakan lembu oleh keluarga Ketua Wanita Umno. Kempen turunkan harga minyak dan lain-lain lagi.

Paling melucukan ialah isu penurunan harga minyak bahan api kenderaan iaitu petrol dan diesel. Rafizi mahu bahan api diturunkan kepada RM 1.90, tetapi apabila kerajaan mengarahkan harga bahan api turun ke RM1. 91, menyebabkan Rafizi meroyan.

Rafizi hilang akal, akhirnya menuduh kerajaan tidak berlaku adil kepada pengusaha stesen minyak, kata Rafizi mekanisme penetapan harga tidak adil kepada peniaga.

Dalam blog beliau bertarikh 7 Januari 2015 Rafizi menulis "sistem harga minyak memangsakan pengusaha stesen minyak."

Untuk menutup kebodohan, di akhir penulisannya menulis, " penetapan harga minyak dibuat secara tergopoh gapah dan merugikan rakyat dan pengusaha stesen minyak."

Tak kah bodohnyanya?