Khamis, 8 Januari 2015

Pas sudah tenat

Pas merupakan sebuah parti politik yang mengunakan nama Islam dalam misi dan visi mereka. Usia Pas tahun ini masuk 64 tahun. Namun parti tersebut semakin lemah. Lemah kerana pada usia 64 tahun parti itu mengalami pelbagai masalah.

Perpecahan pertama melibatkan Tan Sri Dr Haji Asri Muda. Beliau menubuhkan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) merupakan parti serpihan PAS yang telah ditubuhkan pada 24 Mac 1983 .Hamim kemudiannya menyertai BN sehingga 1989 dan kembali ke pangkuan Pas di bawah nama Angkatan Perpaduan Ummah. (APU) dan berjaya menawan semua Kelantan dan Nik Aziz dilantik menjadi menteri besar dan untuk membuat beliau lebih gah, Pas memberikan gelaran tok guru.

Tahun 2014 sekali lagi Pas dilanda masalah dan tertubuh pula kumpulan serpihan baru yang disifatkan jebon oleh penggiat media yang setia kepada Pas. kumpulan itu ialah Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia Pasma. Presidennya, Datuk Ir. Phahrolrazi.

Tiba-tiba menjelang tahun baru 2015 meletup pula masalah dalaman jantung atau lidah Pas iaitu Harakah. Harakah lebih banyak mencedok berita daripada akhbar media perdana dan mengulas atau mengkritik idea-idea yang terdapat dalam media perdana. Harakah juga dilihat menjadi kertas iklan kepada produk-produk makanan, minuman dan ubat kuat. Dalam muktamar Pas  beberapa perwakilan telah mengkritik Harakah yang pada mereka lebih banyak berita fitnah dan mereka-reka berita palsu. 70% berita dalam Harakah ialah berita yang sudah ditulis atau dilaporkan oleh media lain. Dengan kata lain Harakah tidak efisien dan tidak ramai wartawan yang bergerak untuk mencari berita. Mereka lebih gemar menjelajah secara maya dan menyiarkan semua berita yang sudah basi.



Kepada macai-macai Pas di media maya elok lah fokus kepada Harakah dan caca merba dalam Pas hentikan lah menfitnah Umno kerana ujian Allah yang berlaku di negeri Pas masih kecil. Walaupun ramai yang kehilangan harta benda tetapi kematian amat sedikit.

Taipingmali ingin melihat Pas bermuhasabah dan untuk mengelakkan bencana yang lebih besar menimpa negeri tersebut.