Rabu, 7 Januari 2015

Puak-Puak Munafik Masih Tak Sedar Diri



Bencana banjir yang melanda negeri-negeri pantai Timur sehingga hari ini masih belum reda dan dikhuatiri akan berlaku gelombang kedua pula. Bagaimana pun diharapkan ia tidak akan berlaku lagi. Sama-sama lah kita berdoa agar dijauhkan bala bencana.

Banjir dan air pasang besar adalah fenomena biasa. Cuma kali ini ia amat luar biasa sehingga memberi musibah kepada lebih 200 ribu manusia seluruh negara terutama di Pantai Timur.

Taipingmali cukup terharu dengan rintihan seorang mangsa banjir yang bersyukur kerana nyawa dan rumahnya tidak selamat, katanya lagi mungkin ini pembalasan atas dosa-dosa yang beliau lakukan di atas bumi ini. Akhir sekali beliau minta dimaklumkan kepada saudara maranya di Sarawak yang beliau dan keluarga dalam keadaan selamat. 

Apabila keadaan banjir semakin buruk Perdana Menteri Dato Seri Najib yang dalam percutian terpaksa bergegas balik kerana ia menjadi tanggung jawab beliau sebagai ketua negara.

Sekembalinya beliau ke tanah air, beliau terus ke seluruh pelusuk kawasan banjir untuk melihat sendiri, menilai kerosakan dan memberi sokongan moral kepada mangsa-mangsa banjir.

Sewaktu ditemu ramah oleh media, jelas sekali terdapat kelainan dalam intonasi suara beliau. Namun segala keperitan dan kesakitan disembunyikan beliau dan terus bersama sama rakyat sehingga beliau dijangkiti bakteria e coli. Taipingmali yakin jika tahap kesihatan beliau baik nescaya bakteria tersebut tidak akan mengancam kesihatan beliau.

Sedihnya keikhlasan Najib memaklumkan kepada rakyay bahawa beliau terkena jangkitan ecoli, beliau terus dicemuh dan dihina oleh pihak yang tidak berfikiran waras. Gambar wajah Najib diphotoshop menyerupai seorang wanita yang sakit.

Pelik! Dalam bencana dan musibah yang melanda pun mereka masih belum berasa bersalah, belum ada rasa untuk bermuhasabah.

Begitu juga dengan setengah-setengah pemimpin negeri seperti Husam Musa dengan lantang menuduh TNB dan empangan di Kenyir sebagai punca musibah berlaku.

Sepatutnya mereka bermuhasabah dan melihat kembali kenapa Allah menurunkan bencana, cuba cari jawapan nya bukan nya menuding jari kepada pihak lain.

Begitu jugalah mangsa-mangsa banjir, jangan lah sombong dan riak. Cuba fikirkan apakah dosa-dosa yang mereka lakukan sebelum ini.

Pelik dan hairan, dalam bencana dan musibah yang melanda pun, mulut mereka masih sedap mengkritik dan mencela orang yang ikhlas memberi bantuan.

Apakah bila mereka ditelan bumi baru nak insaf?