Kelmarin Azmin telah membatalkan projek Lebuh raya Kinrara-Damansara sepanjang 14.9km. Menurut Azmin pembatalan itu adalah kerana Kidex gagal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.
Begitu mudah buat Azmin membatalkannya dengan alasan gagal mematuhi syarat, tetapi projek Datum Jelatek yang terang-terangan mendapat bantahan penduduk TETAP AKAN DILAKSANAKAN
Dahulu apabila kerajaan membina NKVE puak-puak haram jadah pembangkang juga yang membantah projek tersebut tetapi kini mereka juga yang menggunakannya. Tak cukup dengan itu habis tanah di kiri kanan NKVE dijadikan projek perumahan. Ini lah perangai firaun puak-puak pembangkang.
Membatalkan projek Kidex bererti Lembah Kelang akan terus mengalami kesesakan jalan raya kerana hasil kajian dan unjuran menyatakan pada tahun 2018 dianggarkan 11 ribu lori pengangkut akan menggunakan Kidex setiap hari sebagai laluan alternatif bagi mereka yang hari ini menggunakan LDP dan Lebuh raya Persekutuan.