Kemelut parti politik MIC semakin parah. Ini berikutan tindakan Presidennya Datuk Seri G. Palanivel semakin menunjuk sifat bongkak dan keras kepala.
Kelmarin beliau sepatutnya hadir untuk berbincang dengan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak tetapi enggan hadir dengan alasan isteri sakit.
Tindakan beliau menghantar wakilnya adalah satu tindakan berbentuk penghinaan kepada Najib yang menjadi Pengerusi BN.
Sebelum menjadi Presiden Mic beliau sanggup mengejar kemana sahaja perdana menteri berada, termasuklah zaman Pak Lah lagi. Sewaktu kerusi Parlimen Hulu Selangot kosong berikutan kematian MP dari parti PKR, Palanivel awal-awal cuba melobi untuk menjadi calon.
2013 sewaktu musim pemilihan parti Mic sekali lagi beliau sanggup mengejar Najib ke sana sini untuk minta pertolongan bagi mengadakan rundingan damai bagi mengekalkan beliau sebagai presiden parti
Hujung bulan Januari lepas Datuk M. Saravanan dilucutkan jawatan sebagai Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan tanpa merujuk keputusan MT parti. G. Palanivel seakan-akan Anwar Ibrahim semasa dalam Umno yang kerap memecat sesiapa sahaja yang cuba melawan beliau tanpa merujuk badan disiplin atau majlis tertinggi.
Datuk M. Saravanan dilucutkan jawatannya kerana beliau lantang bersuara, begitu juga dengan Datuk S. Sothianathan dari Negeri Sembilan turut menjadi mangsa pemecatan oleh Palanivel.
Tak cukup dengan 2 nama besar Mic yang dipecat, Palanivel juga memecat bekas setiausaha agung parti yang beliau pilih dan lantik pada 2013 iaitu Ramanan.
Paling melucukan ialah selain tidak hadir pertemuan dengan Perdana Menteri, Palanivel engkar arahan ROS dan mengugut untuk mengheret pendaftar pertubuhan ke mahkamah. Tidak kah itu sesuatu yang melucukan.
Beliau pernah 4 kali memenangi kerusi parlimen Hulu Selangor sebelum tewas pada tahun 2008. Semasa kematian ahli parlimen Pkr, beliau awal-awal lagi menaikkan banner untuk melobi kerusi tersebut namun P. Kamalanathan menjadi pilihan.
Parti Mic memerlukan kepimpinan orang muda, Palani adalah seangkatan dan sekutu Samy Vellu dan ternyata sudah ditolak oleh golongan muda. Palani sepatutnya sudah bersara dari politik sejak kekalahannya di Hulu Selangor pada 2008 lagi.
Palani wajar akur kehendak ROS yang mahukan Mic mengadakan pemilihan semula jawatan dalam Jawatan kuasa Kerja Pusat (CWC) dan tiga jawatan naib presiden.
Kepentingan politik parti adalah lebih penting daripada politik diri sendiri dan beliau harus tutup mulut, akur dengan nasihat Najib, akur dengan arahan ROS dan kepentingan kaum India.
Palani wajar akur kehendak ROS yang mahukan Mic mengadakan pemilihan semula jawatan dalam Jawatan kuasa Kerja Pusat (CWC) dan tiga jawatan naib presiden.
Kepentingan politik parti adalah lebih penting daripada politik diri sendiri dan beliau harus tutup mulut, akur dengan nasihat Najib, akur dengan arahan ROS dan kepentingan kaum India.