Kontroversi antara Pas dan Pasma mula mencapai tahap Cipan dan Gaban. Beberapa hari lalu satu bantahan telah dibuat oleh Pas Pahang menentang kewujudan Pasma. Berikutan itu beberapa nama pemimpin Pasma yang dikenal pasti sebagai orang kuat Pas telah menerima hadiah istimewa.
Menurut laporan ada pemimpin yang di belasah atau dipukul. Tak cukup dengan itu kereta milik pemimpin Pasma juga dibakar.
Hebat sungguh krisis Pas hari ini.
Kalau diikutkan tidak ada apa masalahnya dengan Pasma. Mereka hanya NGO bawah Pas sama seperti Jim. Ikram dan lain-lain NGO dibawah seliaan dan pemantauan Pas.
Kehadiran Pasma akan menambahkan kemeriahan Pas cuma ada segelintir umat Pas yang menentang Pasma. Agaknya jika mereka yang menentang Pasma rasa kecewa sebab mereka tidak dijemput menyertainya.
Golongan Pasma kini dipanggil sebagai JEBON.
Tak rasa pelik kah?
Pasma dikuasai oleh beberapa tokoh hebat seperti jurutera, doktor perubatan, doktor falsafah dan pelbagai lagi tokoh-tokoh hebat.
Ini kereta salah seorang orang kuat Pasma yang menerima tamparan hebat sehingga sanggup membakar kereta mewah milik individu tersebut