Jumaat, 27 Mac 2015

Apa motif wanita ini membeli petrol dalam jumlah yang banyak?





Seorang wanita bertudung telah menimbulkan persoalan kepada pengguna kenderaan lain yang mahu mengisi bahan api petrol pagi ini di stesen petrol Caltex Batu Gajah Perak pada pam nombor 6 yang paling hujung.

Lagaknya agak takut-takut dan sentiasa terjengah-jengah ke arah kaunter takut diperhatikan oleh pihak stesen tersebut, beliau nampak kalut dan mahu cepat beredar.

Beliau mengisi ke dalam 3 tangki plastik dan mengisi ke dalam kereta sebelum meter mencecah RM 150 sebelum beredar.

Hairan juga kenapa pihak kaunter boleh meluluskan penjualan untuk sebuah kereta Proton saga biasa dengan jumlah RM150.00?

Seandainya pemandu itu membawa kereta Daimler 6.0, Ferrari atau Lamborghini tidaklah menjadi masalah kepada kaunter untuk meluluskan penjualan sejumlah itu.

Apakah pekerja stesen minyak Caltex di Batu Gajah itu mempunyai hubungan rapat dengan pembeli?

Persoalan seterusnya apakah tujuan pembelian tersebut?

Adakah untuk jualan runcit di kedai kampung?

Adakah untuk dikumpul dalam stor untuk dihantar ke Thailand, kerana harga petrol di negara itu masih lagi mahal berbanding dengan negara kita.

Di pekan Danok sememangnya tidak ada sebuah pun stesen minyak yang menjual bahan api petrol, diesel  dan NGV.

Oleh itu penduduk sebelah Thailand akan masuk ke sebelah Bukit Kayu Hitam untuk membeli bahan api dalam jumlah yang banyak di stesen BP, Shell dan Petronas untuk tujuan penggunaan dan jualan runcit di sebelah Danok.

Diharapkan pihak KPDNKK PERAK dapat menyiasat isu wanita bertudung ini yang yang membeli petrol dalam jumlah yang besar di Caltex Batu Gajah.