Bulan April dan Mei tahun 2015 ialah bulan panas. Panas dengan isu GST, Panas dengan isu pertelagahan Tun Mahathir dan Dato Sri Najib.
Panas lagi apabila berlaku Pilihan Raya Kecil Rompin dan Permatang Pauh. Tak kurang panas juga ialah meletup isu 5 sekawan yang dikatakan cuba menjatuhkan kepimpinan negara.
Kita mulakan dengan isu GST dahulu. Hari ini ialah hari ke 24 pelaksanaan GST, Dua hari pertama kita dapati ianya sangat kalut. Kalut kerana ramai pengguna tertipu dengan resit palsu atau resit haram.
Peniaga yang tidak berdaftar pun sibuk mengambil peluang mengenakan cas enam peratus, padahal mereka tidak pun berdaftar dengan kastam kerana jualan tahunan mereka tidak mencecah 500 ribu ringgit setahun.
Kebaikan GST semakin terasa dan rakyat semakin faham kenapa GST lebih baik daripada SST, pun begitu sesi penerangan wajar diteruskan supaya pihak pelaksana dapat mengesan kelemahan dan lompong dan cacat cela dalam pelaksanaan agar ia dibaiki segera.
Masuk pula bab peperangan dingin antara Tun Mahathir dengan Dato Sri Najib Ini perkara normal dalam sesebuah negara.
Tun Mahathir seorang yang berjaya dengan cara beliau, kini masa Najib pula, Najib juga mempunyai cara dan gaya kepimpinan tersendiri.
Zaman Tun pun banyak juga masalahnya dan nasib baik Tun melepaskan jawatan awal, jika tunggu juga sudah pasti BN kalah teruk.
Selepas Tun Pak Lah ambil alih tampuk pemerintahan, PRU 2004 Barisan Nasional sapu bersih hampir semua kerusi dan tinggal sedikit untuk Pas, Dap dan Pkr. Satu kejayaan yang menakjubkan buat Pak Lah.
Apa kan daya, kehebatan Pak Lah tidak bertahan lama. Pak Lah akui beliau gagal mengekalkan kecemerlangan 2004 dan kalah 5 negeri pada pilihan raya umum tahun 2008.
Lantas demi rasa tanggung jawab Pak Lah melepaskan tugasnya kepada Najib pada 2009.
Najib lulus dalam pilihan raya 2013 dengan berjaya mengambil kembali negeri Kedah dan mengekalkan kemenangan tipis di Perak.
PRU 14 sudah hampir dan suara-suara anak muda sudah mula kedengaran supaya politik diremajakan. Beri ruang dan peluang kepada orang muda untuk menjadi calon.
Pada satu ketika Taipingmali menyokong saranan anak muda dengan pertambahan kuota 40% calon PRU 14 ialah orang muda di bawah 40 tahun.
Orang muda bukan bermakna untuk pemuda sahaja tetapi juga kepada puteri.
Walau bagaimana pun, pemuda dilihat tidak sehebat puteri. Kini musim persidangan Umno cawangan, dan sebelah pemuda nampaknya sangat suram dan lesu.
Tidak lah sehebat pemuda pada tahun 80an dan 90an. Jika tahun 80an dan 90an persidangan pemuda bahagian dewan boleh sesak dan melimpah ruah hingga di luar dewan, kini di dewan yang sama jumlah amatlah menyedihkan. Ke mana pemuda menghilang?
Oleh itu Taipingmali menarik balik sokongan terhadap 40% calon PRU 14 diisi oleh orang muda. Apabila Najib meletakkan calon yang berusia di Rompin, baru umum sahaja sudah ada yang mempertikaikan tindakan Najib,
Di Permatang Pauh pula calonnya terlepas sempadan sedikit pun begitu boleh lagi di label kan sebagai orang muda kerana baru berusia 43 tahun.
Kepada KJ, Azwan Bro, Jamawi , Armand dan lain-lain lagi, anda perlu buktikan kehebatan pemuda seperti zaman Zahid Hamidi dahulu atau sebelum-sebelumnya. Apabila sudah kuat baru lah boleh menuntut lebih calon untuk pemuda.
Kepada puteri syabas dan tahniah!
Cukup lah untuk kali ini....kita tunggu pula siapa calon Pkr untuk Permatang Pauh sekejap lagi.