Isu membantah salib di gereja Taman Medan sudah pun selesai, punca sebenar bantahan penduduk, kita tak tahu, cumanya ia berkaitan masalah antara penduduk dengan PBT. Mungkin banyak permintaan dan tuntutan penduduk tidak diberi perhatian oleh kerajaan tempatan. Maka meletup lah isu gereja.
YB. Dato Sri Idris Jala dalam temubual di tv1 baru-baru ini menyentuh perkara toleransi dan hormat. Jika semua bangsa dan agama mengamalkan sikap ini maka aman lah tanah air kita yang terdiri daripada masyarakat majmuk.
Pagi tadi rumah saya telah dikunjungi oleh seorang remaja yang mengedarkan risalah yang tidak sesuai dan tidak kena pada tempat.
Kalau diedarkan ke kawasan bukan melayu ia tidak menjadi masalah, tetapi budak ini tidak sensitive, tidak faham bahawa dia berada dalam kawasan perkampungan melayu.
Kepada jawatan kuasa Wat Phrakawi, Kulim Kedah tolong hentikan perbuatan mengedarkan risalah ini ke kawasan melayu.
Jangan sampai kena belasah oleh orang kampung baru nak serik.