Rabu, 17 Jun 2015

JANGAN KERANA NYAMUK, KELAMBU DIBAKAR...

The Patriots




Kebelakangan ini makin jelas desas desus beberapa negeri yang berhasrat ingin berpisah atau lebih tepat lagi ingin keluar dari Persekutuan Malaysia . Antaranya Sabah, Serawak dan terkini Johor.


Mari kita imbas sedikit sejarah silam . Satu ketika dahulu persekutuan Langkasuka sangat kuat dan ampuh dan tidak mudah digertak oleh pihak lain. Tetapi apabila persekutuan itu mula retak dan terbelah menjadi negeri negeri kecil yang sering bergeser akhirnya ia tumpas di tangan puak Sukhothai , dan akhirnya sebahagian besarnya dijajah oleh bangsa Sokhothai hingga ke hari ini.

Jadi janganlah kita mengulangi sejarah kejatuhan silam .Persekutuan Malaysia bukanlah negara besar yang mampu berpecah , apatah lagi jika negeri negeri kecil hidup sendiri . Apakah ia mampu membentuk kekuatannya sendiri. Mampukah negara kecil nanti membentuk angkatan tenteranya sendiri termasuk tentera udara, tentera laut, tentera darat dan pasukan polisnya sendiri ? Adakah ia praktikal . Sedangkan dalam bentuk persekutuan pun kita tidak berupaya membentuk angkatan tentera dengan aset aset terkini yang cangih untuk membina kekuatan hingga digeruni musuh.

Cuba kita bayangkan negara baru sebesar Perlis yang perlu menubuhkan tentra udara, darat dan lautnya sendiri. Polis, imigerasion dan kastamnya sendiri.Tidakkah itu sangat aneh?

Itu belum kita ambil kira pasarana lain -hospital, sekolah , lapangan terbang, jabatan atau kementerian yang wajib diwujudkan sebagai sebuah negara baru.
Adakah ia praktikal?

Bagaimana pula aset aset negara yang sedia ada , yang tersebar di seluruh negara , itu nak dikira macam mana?

Belum lagi diambil kira faktor migrasi rakyat antara negeri-negeri . Jika berpecah dari Persekutuan Malaysia , bagaimana status mereka.

US yang kuat tu pun akan lumpuh jika berpecah . Negeri Cina dan India yang besar gedabak tu pun tak mampu berpecah . Inikan pula kita Malaysia yang kelihatan hanya sebesar sebuah kampung dalam peta dunia.

Jadi sama sama fikirkan bersama. Janganlah kerana marahkan nyamuk ,kita bakar rumah kita sendiri.

Sekadar pandangan peribadi sebagai warganegara Persekutuan Malaysia......

- Mohd Salleh Mazukhi -