Selasa, 14 Julai 2015

Malaysia Melonjak Ke Ranking Ke-6 Indeks Destinasi Paling Menarik Pelabur Asing Global

Malaysia melonjak lima tangga dari ranking ke-11 pada tahun 2014, untuk berada pada kedudukan keenam mengikut Indeks Keberuntungan Asas (BPI) tahun ini.

BPI merupakan kedudukan destinasi paling menarik untuk pelabur asing, dikeluarkan oleh Foreign Policy Magazine.

Antara negara-negara ASEAN, hanya Malaysia dan Singapura berada di kedudukan 10 teratas, manakala Indonesia berada di tangga ke-12, Vietnam (23), Filipina (30) dan Thailand di ranking ke-38.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata kedudukan yang merangkumi 110 buah negara di enam benua, mengesahkan semula bahawa Malaysia merupakan pusat keuntungan yang menarik dalam rantau ini untuk para pelabur.

“Indeks itu memberi petunjuk yang jelas bahawa Malaysia menyediakan persekitaran perniagaan yang mesra, menjadikannya tempat menarik bagi tujuan pelaburan.

“Ranking ini bukan hanya berdasarkan keadaan sebelum ini namun ia juga berasaskan kepada jangkaan tentang keadaan semasa bagi tempoh lima tahun akan datang,” menurutnya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Azman Mahmud, berkata pengesahan berkenaan melenyapkan salah anggapan yang berlarutan serta membuktikan asas ekonomi negara yang semakin meningkat serta dasar pragmatik, proaktif dan berhemat kerajaan untuk menyusun semula dan mempelbagaikan ekonomi.

“Kedudukan itu mencerminkan kemajuan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan awam dan kecekapan jentera kerajaan keseluruhannya,” kata beliau.

BPI menggunakan pendekatan holistik berasaskan lapan faktor yang akan mempengaruhi kejayaan besar dalam pelaburan asing.

Faktor tersebut meliputi pertumbuhan ekonomi, kestabilan kewangan, jaminan fizikal, rasuah, pengambil alihan oleh kerajaan, eksploitasi oleh rakan kongsi tempatan, kawalan modal dan kadar tukaran.

Ia turut menggabungkan perubahan yang dibuat Bank Dunia terhadap penilaian Keluaran Dalam Negara Kasar seperti kaedah yang disemak semula untuk membandingkan taraf hidup di kesemua negara yang berkenaan.

5 ulasan:

  1. sedar lah wahai rakyat malaysia bahawa kita ni beruntung, jaga negara jangan dimusnahkan oleh pengkhianat dgn hasutan pembangkang.. lebih 50 tahun kerajaan sedia ada telah berkhidmat dengan jaya jgn hancurkan khususnya memperkasakan orang melayu. Bangsa lain kena sokong melayu Islam memerintah kerana Melayu dan bangsa2 yang lain tidak akan selamat dan senang klu diperintah oleh Bangsa cina, namun bangsa cina dan bangsa2 lainnya akan sentiasa selamat klu diperintah oleh bangsa melayu islam.. percayalah...jadi jangan lah kamu kacau negara ini hingga hancur kerana kamu turut akan hancur.

    BalasPadam
  2. Kemajuan untuk kaum lain
    Orang melayu hanya mampu melihat saja.jadi tak perlu kita banggakan.

    BalasPadam
  3. apa yg nak dibanggakan sangat tu. melayu kat situ juga , tak kemana pun melayu ni, melayu hanya jadi tukang tengok aje lah akan kekayaan bangsa lain. sedih nya saya.

    BalasPadam
  4. Siapa yg kaya. Bangsa asing juga. melayu cuma nengok aje lah.

    BalasPadam
  5. Siapa yg kaya. Bangsa asing juga. melayu cuma nengok aje lah.

    BalasPadam