Sabtu, 26 September 2015

Isu Pendidikan Perkasa

Penguasaan University milik melayu islam oleh bukan bumiputra bukanlah sesuatu yang pelik mutaakhir ini. Isu seperti ini telah dibangkit didalam wacana minda anjuran NGO2 melayu yang perihatin kepada ekonomi bumiputra yang kian merosot. Dasar Ekonomi Melayu meletakkan penguasaan 30% bumiputera menguasai ekonomi sekiranya dianalisa secara mendalam adalah dasar yang dibuat untuk kegagalan. Dari segi pemarkahan peperiksaan 30% adalah gagal berbanding 50% sekadar lulus cukup2 makan.

Penguasaan IPTS oleh segelintir golongan bukan bumiputra terutama akhir2 ini menjadi cukup strategik. Dari segi undang2 ia tidak menyalahi peraturan tetapi dari segi moral memperjuangkan ekonomi melayu islam kementerian mungkin terlepas pandang atau ada "Little Nepolean" dikalangan pegawai2 pembuat dasar di kementerian? Modus operandi yang cukup popular sekarang ini adalah sasaran IPTS bumiputra yang mendapat penajaan ratusan juta ringgit khasnya dari Perbendaharaan.

Sebagai "case study" isu ini telah terjadi kepada sebuah IPTS melayu islam apabila IPTS tersebut disaman oleh kerana kegagalan menyerahkan saham kepada pengusaha IPTS bukan melayu. Lebih mengecewakan apabila ada pihak2 dalaman IPTS itu sendiri telah bekerjasama dengan "Little Napolean" didalam kementerian berwajib dan pengusaha bukan bumiputra untuk menjayakan penguasaan tersebut. Dipenghujung jalan ceritanya semua lembaga pengarah telah diarahkan oleh mahkamah untuk memasuki suatu "Penghakiman Persetujuan" bersyarat dimana perlu mendapat kelulusan MOE dan MOF. Mengapakah ia perlu terjadi sedangkan lembaga pengarah sendiri mempunyai kuasa untuk menolak penjualan tersebut telah lepas tangan kepada kementerian untuk menolak bagi pihak mereka? Ini cukup pelik bukan? Akhirnya "Penghakiman Persetujuan" tersebut tidak mendapat kelulusan oleh kementerian berwajib ekoran peranan UTUSAN Malaysia mendedahkan kepada umum.

Setelah gagal menguasai IPTS tersebut secara pindah milik terus kepada pihak ketiga bukan melayu, namun strategi kedua mungkin akan diguna pakai adalah melalui lantikan "nominee melayu" kononnya akan membeli saham IPTS. Saham masih dikuasai oleh melayu tetapi penguasaan sebenarnya oleh bukan bumiputra. Orang melayu tetap tertipu akhirnya. Pihak kementerian berwajib samada mengetahui kaedah ini atau sebaliknya hanya boleh dijawab oleh pegawai2 kementerian yang terlibat kes ini dari awal.

لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَنْ تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ (28)ال عمران

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat (auliya') dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali. "(Surah Ali Imran: 28).

Ayat suci tersebut menjelaskan kepada orang islam agar berhati2 dengan mengadakan urusan dengan bukan islam yang jelas merugikan islam dari sudut siasah dan ekonomi. Didalam konteks IPTS tersebut, Apakah lembaga pengarah IPTS tersebut terancam sehingga "Penghakiman Persetujuan" terpaska dipersetujui?

NGO2 melayu cukup lantang mengetengahkan isu2 perniagaan dan ekonomi bumiputra yang terancam malah telah dirampas oleh bukan melayu islam, namun apakah tindakan pihak kerajaan menangani isu ini? Berjayakah dengan mengadakan demostrasi jalanan mendesak kerajaan menimbangkan secara terperinci masalah yang menghantui ekonomi orang2 melayu? Siapakah yang wajib mengambil tanggungjawab ini? NGO2..? Individu..? Umat Melayu islam..? Ulamak..? Kerajaan..? Atau akan terturunnya bala dari allah kepada semua makluk kerana telah mengenepikan jihad ekonomi islam? Tetapi pada ketika itu keluar air mata darah sekalipun umat melayu sudah tidak ada gunanya."Teringat akan ucapan Dato Sirajuddin Hj Salleh mantan TKSU MINDEF. Katanya adalah kebodohan melampau orang melayu apabila berkuasa tidak tahu menggunakan kuasa untuk memperbaiki melayu itu sendiri"

Akan bersambung rencana ini minggu hadapan bagi mencungkil isu-isu yang menghantui IPTS melayu......//

Tiada ulasan:

Catat Ulasan