Sabtu, 3 Oktober 2015

ISU AZAN DI PULAU PINANG SATU HADIAH BUAT PARTI PAS

Heboh satu negara isu larangan penggunaan pembesar suara di semua masjid di Pulau Pinang. Baru-baru ini Ketua Menteri Lim Guan Eng telah mengeluarkan arahan yang dianggap kejam kerana menghadkan penggunaan pembesar suara untuk laungan azan sahaja, penggunaan lain seperti bacaan Quran, tazkirah tidak dibenarkan.

Semua puncanya bermula daripada parti Pas selepas pakatan haram Pas, Pkr dan Dap menubuhkan kerajaan campuran sejak tahun 2008.

Pas yang hanya menang 1 kerusi telah menjadi besar kepala dan merampas pentadbiran masjid dan surau seluruh negeri.

Setelah mendapat kuasa, Pas menjadi terlalu ghairah seperti beruk mendapat bunga. Semua aktiviti mesti di laungkan sekuat yang boleh untuk didengar oleh masyarakat sekeliling.

Setiap hari sebelum azan subuh, zohor, asar dan maghrib mereka laungkan bacaan Quran menggunakan pita rakaman, begitu juga dengan aktiviti selepas maghrib, tazkirah politik dan ceramah agama akan menggunakan pembesar suara yang kuat.

Akibatnya selepas bertahun-tahun bersabar akhirnya penduduk membuat bantahan kerana menyampah dengan keegoan orang Pas yang sudah riak dan besar kepala.

Terima kasih kepada Lim Guan Eng, selepas ini Pas tidak lagi mampu berkempen politik di dalam masjid menggunakan alasan untuk tazkirah atau ceramah agama.

Pas patut berasa malu kerana dikhianati oleh rakan sendiri.

Dengan berkuat kuasanya larangan tersebut, Parti Amanah Negara pimpinan Muhammad Sabu, boleh lah tersenyum gembira kerana Pas tidak dapat menggunakan masjid dan surau untuk menghentam PAN......