Selasa, 13 Oktober 2015

Jangan Pindahkan Pasar Besar Taping ?


Kenyataan yang dibuat oleh 2 orang Ahli Majlis dari Mca dan nampaknya mereka ini bertekad benar supaya Pasar ini jangan dipindahkan dan mereka sanggup mengumpulkan tanda tangan orang ramai terutama tanda tangan orang-orang cina di sekitar bandar Taiping.

Walau apa alasan sekali pun saya yakin kedua-dua Ahli Majlis dari Mca ini sebenarnya sedang cuba mempolitikan isu pemindahan yang sebenarnya telah pun di persetujui oleh semua Ahli Majlis, cadangan sebenarnya bukan memindahkan Bangunan Pasar tetapi memindahkan perniagaan yang dijalankan didalam pasar ini ke tempat baru yang lebih baik.

Tentang nilai sejarah yang dimaksudkan, saya pasti itu sebenarnya bukan alasan yang sebenar walau apa pun saya teramat kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping Datuk Abdul Rahim Md Ariff konon nya setakat ini pihak majlis belum membuat sebarang keputusan sedangkan pemindahan ini telah di persetujui sebelum ini.

Lebih malang lagi YDP ingin mengadakan kajian soal selidik dan berbagai lagi demi mahu menjaga hati dua Ahli Majlis dari Mca ini, apakah sesuatu projek yang telah diluluskan demi kepentingan rakyat terpaksa di tangguhkan kerana satu dua orang yang mempunyai agenda tertentu ?.

Sekali lagi saya ingin menasihatkan Tuan Yang Dipertua ikut lah keputusan yang telah dibuat kerana rakyat sedang memerhatikan apa yang sedang pegawai-pegawai kerajaan buat masa kini dan jika pasar besar ini tidak dipindahkan sudah pasti ada proses yang salah sedang atau akan berlaku, saya bertanggung jawab dengan apa yang saya tulis dan saya juga akan terus memantau isu pemindahan pasar besar ini.

Jangan kerana Tuan mahu menjaga hati dua Ahli Majlis dari Mca ini maka terluka atau terasa terhina kepada Ahli-Ahli Majlis yang lain dan saya harap tuan faham maksud yang saya tuliskan ini dan saya akan terus menulis sekiranya isu ini tidak di selesaikan kerana saya difahamkan peruntukan untuk membina pasar baru dan tapaknya pun telah diluluskan.