Isnin, 12 Oktober 2015

Tun Mahathir lebih bagus dari Pak Lah dan Najib

Politik tanah air sekali lagi gempar hari ini gara-gara Tun Mahathir muncul selepas mengadu sakit dan kurang sihat Sabtu lepas dan dengan gagahnya  membuat sidang media mempertikai dua orang ayam sabungnya yang dihadapkan di mahkamah seksyen pagi ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin orang harapan Tun Mahathir untuk menggantikan Dato Seri Najib Razak nampaknya terang-terang memukul gendang perang untuk meneruskan tentangan beliau terhadap Najib dan diikuti sama oleh Dato Seri Shafie Apdal..

Mahathir berjaya menarik semula sokongan  Ku Li kepada beliau. Ku Li yang satu ketika dahulu musuh nombor 1 beliau yang menyebabkan Umno diharamkan di mahkamah akhir tahun 80an.

Sebelum ini Mahathir beregu dengan Tun Daim, Dato Hamidah Osman, Kadir Jasin dan beberapa orang penggiat media dan hari ini bertambah lagi 6 ahli baru iaitu TSMY, Shafie Apdal, Ku Li, Tun Sanusi yang pernah tersingkir dalam pemilihan Pau 1993. Ong Tee Keat bekas menteri pengangkutan yang kalah kepada Rafizi Ramli pun dilihat berada dalam grup Mahathir.

Ong banyak bercakap mengenai kedudukan MCA dalam Barisan Nasional.. Beliau juga kecewa kerana MCA masih menyokong Najib. Ia juga mengukuhkan bahawa kekalahan calon MCA dalam 2 PRU adalah sabotaj secara senyap oleh penyokong beliau.

Hari ini Tun Mahathir dan 5 yang lain sebulat suara menentang SOSMA yang telah dikuatkuasa pada tahun 2012 bagi menggantikan ISA yang lapok.

Tun mempertikai dua orang kuatnya yang dihadapkan di istana kehakiman hari ini. Tun seolah-olah sudah lupa pada Opp Lalang yang dilakukannya bersama Anwar Ibrahim pada tahun 1987.

Tun juga lupa bahawa pada zaman beliau menjadi PM, ramai musuh-musuh politiknya di tahan di bawah akta ISA. Lihat tulisan orang kuat GMI di bawah.


Semasa membaca wawancara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Australian Broadcasting Corporation (ABC) pada 3 Julai lalu yang dipetik oleh malaysiakini, saya terserempak dengan kenyataan berikut yang dibuat oleh Dr. Mahathir;
"The first thing I did when I became Prime Minister was to release people who were detained under ISA because of political belief". [Perkara pertama yang saya lakukan apabila menjadi Perdana Menteri ialah membebaskan semua yang ditahan di bawah ISA kerana fahaman politik]
Lalu terlintas di fikiran saya, betapa licik dan pintarnya jawapan Dr. Mahathir ini.
Memang benar beliau membebaskan tahanan yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) apabila beliau jadi Perdana Menteri (PM). Tetapi soalnya, mengapa menahan beratus-ratus orang politik dalam Operasi Lalang 1987? Mengapa menahan Jeffrey Kitingan dan pemimpin PBS pada tahun 1991?
Lebih awal dari itu, mengapa menahan pimpinan PAS seperti Bunyamin Yaakob, Abu Bakar Chik dan Mohamed Sabu pada tahun 1984?
Jangan lupa pula insiden Memali tahun 1985, 18 orang terbunuh dan beratus orang ditahan, 36 orang darinya ditahan di bawah ISA. Ibrahim Libya mati syahid dalam insiden ini.
Macamana pula dengan penahanan orang nombor dua negara, bekas Timbalan Perdana Menteri (TPM) , Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998? Ramai dari kalangan pemimpin Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikaitkan dengan Anwar juga ditahan di bawah ISA. Antaranya ialah Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Ruslan Kassim, Dr Zambri Abd Kadir dan lain-lain.
Dari kalangan NGO termasuklah Presiden pertama JIM, Hj Saari Sungib, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ketika itu, Ahmad Azam Abd Rahman dan tiga pemimpin kanannya. Juga aktivis Malek Hussin. Mereka ditahan di bawah Ops Dalil.
Apakah penahanan ini semua bukan bermotif politik? Berbau politik? Berasaskan perbezaan politik dengan pemerintah negara yang pada ketika itu dipimpin Dr.Mahathir?
Apa pula sebabnya seramai 10 orang aktivis reformasi dan pemimpin politik ditahan pada tahun 2001? Bukankah kerana mereka berbeza pendapat politik dengan Dr.Mahathir?
Justeru timbul lagi persoalan dalam minda saya, di mana letaknya kebenaran kata-kata Dr.Mahathir apabila beliau tidak akan menahan seseorang kerana fahaman politiknya?
Kalau diselidiki dengan lebih mendalam, penahanan 'KMM', 'JI' dan terkini 'DI' (Darul Islam) juga berbau politik. Tahanan 'KMM' ditahan pada Ogos 2001 sebelum berlakunya trageedi 9/11 di New York.
Tragedi 9/11
Pada asalnya mahu dikaitkan PAS dengan keganasan khususnya apabila anak Tok Guru Nik Abd Aziz sendiri iaitu Nik Adli turut ditahan. Tetapi niat jahat itu tidak berjaya lalu dikaitkan pula mereka dengan tragedi 9/11.
Tahanan 'KMM' dan 'JI' ini pula mahu dikaitkan dengan senarai 200 orang yang dikatakan 'pengganas' yang dijanjikan kepada Amerika Syarikat. Adakah tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat itu dengan 'mengkambinghitamkan' beberapa puluh orang rakyat Malaysia tidak dianggap tindakan politik?
Bagi saya, Dr.Mahathir atau Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu dipertanggungjawabkan terhadap kezaliman yang menimpa tahanan ISA, bekas tahanan ISA dan keluarga mereka.
Era Abdullah tidak membawa perubahan kepada keadaan tahanan ISA. Tradisi dan legasi Dr.Mahathir menahan atas kepentingan politik tetap diteruskan malah bertambah buruk apabila ada tahanan yang terus menerus ditahan untuk tahun ke-5.
Kini berlakunya krisis antara Dr.Mahathir dan Abdullah. Kalau Dr. Mahathir itu orang awam malah mungkin seorang menteri cabuk, sudah lama agaknya bekas Perdana Menteri itu dikenakan ISA oleh Abdullah kerana boleh dianggap memudaratkan keselamatan dan ekonomi negara dengan kritikan-kritikan tajamnya.
Tapi semua orang tahu perkara yang dikritik itu memang banyak tanda-tanya kebenarannya. Soalnya adakah perkara itu lebih berat kepada kepentingan rakyat dan negara atau kepada kepentingan politik dan peribadi?
Mungkin jasa Dr. Mahathir selama 22 tahun sebagai PM telah menyelamatkannya daripada hukuman berat. Jasa Anwar Ibrahim sebagai TPM bagaimanapun tidak menyelamatkan beliau daripada ISA dan hukuman penjara.
Akta zalim
Oleh kerana itu, jelaslah perbezaan kepercayaan politik tidak melepaskan seseorang dari ditahan ISA malah itulah antara alasan utama mengapa ramai ditahan. Justeru, adakah patut Mahathir dikenakan ISA sebagaimana beliau bertindak menghukum lawan dan musuh politiknya?
Sezalim manapun manusia, kita tidak akan mencontohi kezaliman itu dan membalas balik kezaliman itu dengan akta yang sama. Jika kita juga menggunakan ISA, kita juga tidak ubah seperti mereka. Mungkin orang lain pula akan mendoakan semoga kita dibalas dengan kezaliman oleh Allah Taala dan mungkin orang lain pula akan menuntut hak mereka dari kita di akhirat kelak!
Dr.Mahathir atau sesiapa sahaja tidak patut dikenakan ISA. Cukuplah! Sebaliknya, jika mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang negara, maka bawa mereka ke muka pengadilan. Hadapkan mereka ke mahkamah. Berhujahlah dengan fakta dan bukti. Jika sabit kesalahan maka hukum dan sumbatkanlah mereka dalam penjara.
Dalam Islam dan mana-mana piagam hak asasi manusia, seseorang itu dianggap tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah. Seseorang itu berhak membela diri terhadap tuduhan yang dilempa kepadanya. ISA nyata bercanggah dengan prinsip ini dari sudut mana sekali pun. Ia menjadi sangat zalim apabila digunakan dengan alasan yang sewenang-wenangnya.
Menjadi bertambah-tambah zalim apabila tahanan diseksa secara fizikal dan mental, terpisah dari keluarga yang turut menderita kehilangan tempat bergantung. Hanya kerana perbezaan kepercayaan politik. Sanggupkah kita menggunakan ISA dan menanggung beban dosa begini?
Hakikatnya, tiada apa-apa alasan diperlukan untuk menahan seseorang di bawah ISA. Label memudaratkan keselamatan negara dengan mudah boleh digunakan untuk mengekang pengaruh politik musuh dan lawan. Jangan percaya jika ada pemimpin yang mengatakan tahanan ISA ditahan bukan kerana pendekatan politiknya.
Tidak ada mahkamah yang boleh mempersoalkannya melainkan mahkamah akhirat. Begitulah ibarat kebalannya ISA.
Untuk lebih mengerti mengapa dan bagaimana tahanan ISA dikaitkan dengan kepercayaan politik, saya galakkan rakyat untuk melihat dan meneliti sendiri fakta dan gambar-gambar yang dipamerkan di Pameran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).
Pameran yang terdekat ialah pada 7 dan 8 Julai ini di Dungun sempena Karnival Ulangtahun ke-50 PAS.
Mansuhkan ISA! Bebaskan Tahanan!-

Dr M lebih baik dari Pak Lah? Syed Ibrahim Syed NohDipaparkan 7 Jul 2006, petang 5:16Dikemaskini 29 Jan 2008, petang 6:21MALAYSIA KINI

Oleh kerana itu Mat Sabu dan lain-lain pemimpin pembangkang menggelarkan Mahathir sebagai Mahazalim dan pelbagai gelaran lain.

Akhir kata ialah SOSMA sudah diluluskan oleh parlimen dan Tun Mahathir wajar untuk hormat kepada  perundangan, tak payahlah subjudis dalam perkara ini, 

Kami dah jelak dengan tindak tanduk mu,,,,,,,,,wahai Tun Mahathir....