Langkau ke kandungan utama

DALAM PAS WUJUD LEBAI MERCUN?



Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawak tidak akan 'tutup mulut', malah mahu terus mengkritik PAS dan kepimpinannya demi masa depan parti itu.

Bukan itu sahaja, Sulaiman yang juga Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik Pemuda PAS Pusat turut melabel kumpulan tertentu dalam parti itu sebagai 'lebai mercun' kerana berselindung atas nama Islam semata-mata untuk berkuasa.

"Saya masih ahli PAS yang sah dan boleh mengkritik siapa sahaja, antaranya lebai-lebai mercun yang balik dari Mesir tak cukup senawi mengaku ulama sehebat seantero Malaysia.

"Lebai-lebai mercun ni tak suka berbaik dengan orang bukan Islam sebagai medan dakwah ukhwah sebaliknya mengkafirkan mereka secara lantang tanpa menghormati sentiviti agama. Apabila diangkat menjadi pemimpin, mereka hanya pandai bercakap bab dakwah, Islam dan sebagainya tapi langsung tidak turun ke akar umbi melihat nasib rakyat bawahan," katanya pada Isnin.

Kenyataan penuh emosi itu dimuat naik di laman Facebook sebagai respon kepada laporan muka depan sebuah akhbar harian bahawa beliau akan dipecat daripada PAS kerana lantang mengkritik kepimpinan PAS.

Turut sama dikaitkan dalam laporan itu ialah pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dipecat, Zaidi Ahmad dan Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Pusat, Wan Aishah Wan Ariffin.

Mengulas lanjut Sulaiman berkata, beliau masih belum menerima sebarang surat mengenai kedudukannya dalam PAS.

"Kami belum lagi mendapat apa-apa surat rasmi atau panggilan telefon daripada pimpinan tertinggi berhubung isu pemecatan yang menjadi viral," katanya.

Mengenai dakwaan beliau terlalu lantang mengkritik kepimpinan PAS walaupun masih baharu menyertai parti Islam itu, Sulaiman bagaimanapun menempelak golongan berkenaan.

"Kepada lebai-lebai mercun dalam PAS yang merosakkan parti dan jemaah, jangan dok buat kepala!

"Tak payah nak sembang hang orang lama dalam PAS kalau setakat tarbiyah cap ayam dok berlagak usrah sana sini tapi perangai tak seperti orang yang kena tarbiyah. Merekalah lebai-lebai mercun yang pemecahbelahkan jemaah PAS semarang ini," katanya.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/05/25/leman-raja-lawak-terus-kritik-pas/Tags / Kata Kunci: Leman Raja Lawak , PAS

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…