Langkau ke kandungan utama

SOSMA GANTI ISA MULA MENAMPAKKAN HASIL.

MENGHADAPI UJIAN PERTAMA SOSMA


Puak-puak pembangkang dan juga orang Umno ramai yang marah kepada Perdana Menteri, YAB Dato Seri Najib Tun Razak apabila menghapuskan ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri dan menggantikannya dengan SOSMA.

ISA sebenarnya sudah lapuk dan ketinggalan zaman, ia telah dibuat sejak zaman British bagi menentang ancaman komunis  selepas pemerintahan Jepun.

ISA dilihat mempunyai banyak kelemahan dan mampu dicabar di mahkamah apabila seseorang ditahan tanpa bicara selama tempoh yang ditetapkan.

Menyedari  akan kelemahan ISA maka sesuatu yang baru harus dicari untuk mengatasi kelemahan dalam akta ISA. 

Adalah sukar untuk merombak atau menambah baik akta tersebut dan jalan yang terbaik ialah dengan memansuhkan terus akta tersebut dan digantikan dengan sesuatu yang baru dengan penjenamaan yang baru, maka lahir lah SOSMA.

Selepas Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 diwartakan untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang dimansuhkan, soal sama ada undang-undang baharu itu menyediakan keseimbangan antara melindungi keselamatan negara dan hak asasi tertuduh terus diperbahaskan.

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau ringkasnya SOSMA, diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 17 April, 2012, diberikan perkenan Diraja pada 18 Jun 2012, dan diwartakan pada 22 Jun 2012.

SOSMA ialah sebuah akta "bagi menyediakan langkah-lankah khas berkaitan kesalahan keselamatan bertujuan mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan dan bagi hal-hal berkait".

Peguam kanan Datuk Mohd Hafarizam Harun berpendapat SOSMA tidak melanggar hak asasi tahanan di sisi undang-undang.

Beliau berkata akta itu menyediakan ketetapan untuk polis segera memaklumkan kepada waris kadim iaitu anggota keluarga terdekat tahanan berhubung penahanannya dan membenarkan tahanan berunding dengan pengamal undang-undang pilihannya.

Akta itu menyatakan seorang pegawai polis, boleh, tanpa waran, menangkap dan menahan mana-mana orang yang berkenaan dengan dia mempunyai sebab untuk mempercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan. Orang itu boleh ditahan bagi tempoh 24 jam untuk tujuan penyiasatan.

Pegawai polis boleh melanjutkan tempoh penahanan untuk tempoh tidak lebih 28 hari, bagi tujuan penyiasatan.

Pegawai polis hendaklah dengan segera memberitahu waris kadim kepada orang itu mengenai tangkapan dan penahanan orang itu dan membenarkan orang itu untuk berunding dengan pengamal undang-undang pilihannya.

Mohd Hafarizam berkata: "ISA lebih tegas daripada segi tempoh (penahanan) yang lebih lama dan tahanan boleh ditahan tanpa perbicaraan".

Beliau berkata orang awam perlu tahu kenapa tempoh penahanan di bawah SOSMA dibuat agak lama - 28 hari.

Katanya orang akan berkata bahawa tindakan itu melanggar hak tertentu dan kebebasan fundamental yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi menurutnya, SOSMA adalah undang-undang subsidiari di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata akta itu tegas mengenai tempoh penahanan 28 hari itu daripada aspek ia tidak membenarkan pelanjutan tempoh selepas atau melebihi 28 hari itu.

Mohd Hafarizam berkata penahanan tidak bermaksud ditahan di lokap atau penjara bagi seluruh 28 hari itu kerana akta itu membenarkan peranti pengawasan elektronik dipasang pada tahanan yang dibebaskan dalam tempoh 28 hari itu.

Beliau memberikan misalan seperti berikut: "D telah ditahan untuk kesalahan keselamatan. Selepas ditahan selama 24 jam, seorang superintenden polis melanjutkan tahanannya selama tujuh hari lagi. Apabila habis tempoh tujuh hari, D telah dibebaskan tetapi dia masih diperlukan untuk membantu penyiasatan. Apabila laporan oleh pegawai polis diterima, Pendakwa Raya boleh memohon kepada Mahkamah supaya suatu peranti pengawasan elektronik dipasang pada D. Mahkamah boleh membenarkan peranti pengawasan elektronik dipasang pada D sehingga tempoh 21 hari.

"Oleh yang demikian, tahanan tidak boleh mendakwa hak mereka telah dicabuli seperti ketetapan Perkara 5 Perlembgaan Persekutuan (kebebasan seseorang)," kata Mohd Hafarizam dan menurutnya kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi khususnya apabila membabitkan isu sensitif seperti hal-hal keselamatan negara atau mencetuskan kebencian kaum.

Mohd Hafarizam berkata orang awam perlu dididik untuk memahami betapa seriusnya isu berkenaan, untuk diberitahu bahawa sekiranya ia tidak dikendalikan dengan amat berhati-hati ia akan membawa kepada keadaan seperti insiden pemberontakan di Timur Tengah baru-baru ini.

Beliau berkata penyemaian sentimen-sentimen luaran dalam kalangan orang ramai perlu dicegah sebelum ia marak.

Mohd Hafarizam berkata prosedur dalam SOSMA adalah serupa dengan ketetapan dalam Kanun Prosedur Jenayah (KPJ), di mana suspek diberi peluang untuk melantik peguam bela dan berunding dengan anggota keluarga.

Namun, katanya sekiranya sesuatu undang-undang itu bertujuan mengekalkan ketenteraman awam dalam negara, SOSMA boleh dikatakan kurang efektif daripada segi penguatkuasaan kerana ia membenarkan tahanan mempertahankan diri mereka.

"Pendek kata, undang-undang ini masih membenarkan andaian 'tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah’," katanya dan menambah kata SOSMA bertujuan memenuhi elemen-elemen dalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan kuasa-kuasa khas untuk membanteras kegiatan subversif, keganasan terancang, dan tindakan dan jenayah yang memudaratkan orang awam.

Peguam kanan jenayah Datuk N. Sivananthan berkata SOSMA mungkin efektif dalam situasi tertentu kerana ia membenarkan polis menahan suspek sehingga 28 hari sekiranya terdapat ancaman sebenar terhadap ketenteraman awam atau keselamatan negara, dengan syarat ia digunakan dengan betul, hanya dalam hal berkaitan kesalahan terhadap negara dan/atau kesalahan berkaitan keganasan.

Sivananthan, yang dilantik oleh kerajaan Filipina untuk mengetuai pasukan lima peguam untuk mewakili lima warga negara itu yang dituduh mempunyai kaitan dengan kes pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, berkata SOSMA sebenarnya undang-undang untuk situasi ekstrem apabila terdapat ancaman terhadap nyawa.

"Bagaimanapun, jika seorang itu memang meletakkan bom atau bahan letupan semasa pilihan raya, dengan itu boleh dianggap sebagai kesalahan keselamatan yang membolehkan SOSMA digunakan," katanya semasa ditanya mengenai pihak tertentu mendakwa polis mungkin menyalahgunakan undang-undang baharu itu untuk kesalahan yang dianggap mencabuli demokrasi berparlimen semasa pilihan raya umum.

Beliau menjelaskan SOSMA untuk tujuan kesalahan-kesalahan yang membawa hukuman mati dan/atau penjara seumur hidup.

Katanya sebelum ini apabila tertuduh dituduh dengan kesalahan seumpama itu, KPJ, Akta Keterangan dan Perlembagaan Persekutuan akan diguna pakai, tetapi di bawah SOSMA, semua itu tidak lagi diguna pakai.

"Di bawah SOSMA, semua itu dikeluarkan bagi memastikan perbicaraan adil," katanya yang merupakan peguam Malaysia yang pertama dilantik sebagai naib presiden yang bertanggungjawab bagi rantau Asia Pasifik, Badan Peguam Jenayah Antarabangsa (ICB). (Pelantikan beliau dibuat pada perhimpunan dua tahun sekali ICB yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol pada Mac 2010.)

Sivananthan berkata tahanan boleh melantik peguam bela tetapi apa yang tidak dapat diterima ialah semua peraturan yang ada untuk memastikan perbicaraan adil akhirnya diabaikan, dan ini merupakan perkara yang tidak disedari ramai.

Seorang lagi peguam jenayah, Amer Hamzah Arshad, berpendapat peruntukan dalam SOSMA lebih memihak kepada negara daripada memastikan perbicaraan adil untuk orang kena tuduh.

Beliau berkata perbicaraan bagi penjenayah biasa tertakluk oleh KPJ dan Akta Keterangan tetapi kesalahan keselamatan akan dibicarakan di bawah SOSMA.

"Peruntukan dalam SOSMA tidak sama dengan yang terdapat dalam KPJ. KPJ mempunyai lebih banyak perlindungan dan adil kepada orang kena tuduh manakala peruntukan dalam SOSMA lebih memihak kepada negara," katanya.

Beliau berkata oleh kerana SOSMA hanya berupa undang-undang prosedur yang mengikat prosedur perbicaraan bagi kesalahan keselamatan, ia dengan itu tidak boleh menafikan hak perlembagaan tertuduh untuk diwakili peguam bela pilihannya.

Katanya tidak perlu menggunakan SOSMA berhubung laporan-laporan yang dibuat semasa tempoh pilihan raya umum baru-baru ini kerana ia hanya berupa laporan jenayah biasa seperti vandalisme. -




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…