Jumaat, 8 Januari 2016

28 Bangunan Pencakar Langit Dibina Bukti Pembangunan Positif:- DSD Dr Za...





28 Bangunan Pencakar Langit Dibina Bukti Pembangunan Positif:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

Terbaharu terdapat 28 bangunan pencakar langit yang telah dibina di sekitar bandaraya Ipoh dan ia seterusnya membuktikan pembangunan negeri berada pada tahap yang baik.

Mengulas lanjut, Menteri Besar Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata secara keseluruhannya beliau gembira dengan perkembangan yang berlaku di negeri ini.

"Kita telah berjaya ke saat ini mengubah pendekatan pembangunan yang dilakukan, saya gembira dengan projek berskala besar yang dilaksanakan khususnya di Ipoh dan di Perak secara keseluruhannya," katanya.

Terdahulu beliau merasmikan majlis pecah tanah projek pembangunan MH Pinnacle di Ipoh hari ini.

MH Pinnacle merangkumi dua blok bangunan setinggi 29 tingkat dan mencecah ketinggian 165 kaki dari paras aras laut, menjadikannya bangunan yang tertinggi di negeri Perak.

“Projek yango hari ini projek mercu tanda bandaraya Ipoh yang dikenali sebagai bandaraya yang mati selepas maghrib, hari ini menjadi semakin pantas membangun dengan perancangan yang teliti.

"Ini bukan bermakna kita semata-mata membuat pilihan untuk punyai bangunan begitu (pencakar langit), kita nak sebut bagaimnaa pertumbuhan berlaku di Perak," jelas Datuk Seri Diraja Dr Zambry ketika ditemui media.

Sementara itu beliau juga berkata Perak khususnya selain Ipoh terdapat beberapa daerah lain yang menjadi tempat pilihan untuk didiami

“Perak dan Ipoh telah berada dalam peta keselasaan untuk tinggal dengan kos yang mampu, konsep kehidupan yang selesa bukan hanya Ipoh tapi di daerah lain seperti Manjung dan Taiping," jelas beliau lagi.