Tidak mungkin parti itu boleh berharap kepada PKR dan AMANAH semata-mata kerana kedua-dua parti itu pun tidak mendapat sokongan golongan sasar seperti yang dicapai PAS.
PKR semakin hilang bisa selepas Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara kerana kesalahan meliwat.
AMANAH pula yang diterajui pemimpin-pemimpin PAS yang tewas juga hanya berharap ihsan DAP dan PKR untuk terus kekal sehingga PRU 14.
Oleh itu, Lim Kit Siang cuba menggunakan taktir kotor untuk cuba mempengaruhi pemimpin, cawangan dan ahli UMNO yang pada fikirannya tidak puas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Penasihat DAP itu dalam kenyataannya berterus terang menyatakan partinya dan Pakatan Harapan sedia bekerjasama dengan pemimpin UMNO yang tidak berpuas hati kononnya dalam usaha menyelamatkan negara daripada "rasuah, ketidakadilan sosioekonomi dan kegagalan dalam pembinaan bangsa".
Ahli Parlimen Gelang Patah yang digantung sebagai ahli Dewan Rakyat selama enam bulan itu mendakwa, 2015 merupakan tahun yang buruk untuk rakyat Malaysia dan tiada tanda menunjukkan 2016 akan menjadi lebih baik dengan begitu banyak skandal masih belum diselesaikan.
"DAP dan Pakatan Harapan sedia bekerja dan bersama pemimpin, cawangan dan ahli Umno yang tidak berpuas hati dalam satu penjajaran politik baharu untuk menyelamatkan Malaysia daripada rasuah berleluasa, ketidakadilan sosioekonomi yang meluas dan kegagalan membina negara bangsa," katanya semalam.
Kit Siang menyelar perutusan Tahun Baru Perdana Menteri sebagai satu contoh sindrom penafian kerana Najib menafikan kewujudan masalah dan skandal tersebut.
Seperti biasa Kit Siang mengaitkan keadaan polarisasi kaum dan agama yang semakin teruk, peningkatan kos sara hidup akibat GST, Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara, derma M2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai antara masalah yang melanda negara.
Sebenarnya, pemimpin veteran DAP itu sedar bahawa dalam tempoh kira-kira dua tahun sebelum PRU 14, Pakatan Harapan sudah terlepas peluang untuk mengulangi kejayaan pembangkang menawan 89 kerusi parlimen seperti PRU 13.
Apabila PAS menamatkan kerjasama politik dengan parti itu, DAP percaya mereka boleh berharap kepada AMANAH yang dipimpin Mohamad Sabu.
Malangnya, AMANAH kini juga masih terkial-kial mencari pengaruh dan dilihat lebih berharap simpati PKR dan DAP sahaja untuk kekal relevan.
Kerana itu, Kit Siang cuba menangguk di air keruh apabila menyatakan kesediaan menerima pemimpin dan ahli-ahli UMNO yang kononnya kecewa terhadap Najib untuk menyokong perjuangan Pakatan Harapan.
Alasan isu GST, 1MDB, dana RM2.6 bilion sebagai beban rakyat adalah perkara basi yang diulang-ulang oleh pembangkang sejak beberapa tahun lalu.
Rakyat sudah mendengar penjelasan kerajaan berhubung isu-isu tersebut dan yang tidak mahu mendengar hanyalah pimpinan pembangkang.
Mereka akan terus memutar belitkan isu tersebut bagi kepetingan pembangkang sehingga pilihan raya akan datang dengan harapan menagih sokongan dan simpati rakyat.
Lagipun jika PAS pun tidak percaya kepada DAP, mustahil pemimpin dan ahli-ahli UMNO boleh mengikut telunjuk parti itu atau Kit Siang khususnya.
Walaupun mendakwa 2015 tahun yang buruk untuk rakyat Malaysia tetapi Pulau Pinang dan Selangor yang ditadbir DAP serta PKR tetap membangun dengan pelbagai projek mewah.
Jika Malaysia dikedudukan yang teruk pada Tahun 2015, mustahil Pulau Pinang yang diketuai Lim Guan Eng boleh bermegah-megah dengan pelbagai pencapaian di sektor ekonomi, pembangunan dan sebagainya.
Apa yang jeas, Kit Siang hanya cuba mengambil peluang terhadap isu-isu semasa untuk populariti supaya DAP tidak ketandusan isu menjelang PRU 14 nanti.
klxpress.com.my
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile