Jumaat, 18 Disember 2015

#KPDNKK : Pasaraya menjual barang tamat tempoh






Di negara kita menjual barang tamat tempoh tidak menjadi kesalahan, pernah kah kita mendengar atau membaca penjual dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan menjual barang tamat tempoh terutamanya barang makanan?

Banyak pasaraya terkenal dan tersohor menjual barang luput tarikh dengan meletakkan pada satu sudut dan ditulis lelong atau diskaun 50% hingga 70% dan terpulang lah kepada kita untuk membeli atau tidak.

Dalam gambar di atas ialah contoh aktiviti penjual untuk memperdaya pelanggan.  barangan tersebut di letakkan di tempat yang mudah di lihat tanpa menulis sebarang maklumat mengenai produk tersebut, tanpa banyak periksa, kita akan mencapai barangan tersebut dan terus membuat bayaran di kaunter.

Bila balik baru dan ada orang yang memeriksa pembungkusnya baru lah kita tahu bahawa kita terbeli barangan luput tarikh.  Barangan di atas dibeli pada 23 November 2015 selepas sebulan tarikh luput.

Kejadian seperti ini berlaku di mana-mana sahaja.  Harap pihak KPDNKK kerap membuat lawatan mengejut atau melantik RELA untuk membantu mereka kementerian ini.

Selain itu KPDNKK dan JAKIM juga perlu memeriksa makanan dalam tin yang dibuat dalam negara dan menggunakan  nama pasaraya. Banyak produk yang menggunakan tanda atau logo HALAL yang tidak diluluskan oleh JAKIM.