Rabu, 20 Januari 2016

KENYATAAN AKHBAR MENDESAK PERUBAHAN PUCUK PIMPINAN NEGERI KEDAH

.

Pada 20 JAN 2016, l/kurang jam 1525 hingga 1540, bertempat di Bilik Mesyuarat Halia 2, Tingkat 2, Hotel Grand Alora, ALOR SETAR, UMNO KEDAH yang diketuai oleh Dato' AHMAD BASHAH MD HANIFAH, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO KEDAH telah mengadakan sidang akhbar meminta YAB Perdana Menteri melakukan perubahan pucuk pimpinan Negeri KEDAH yang dilihat gagal menggerakkan jentera parti khususnya UMNO  serta menjana  ekonomi Negeri. Hadirin seramai 100 orang terdiri daripada Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri KEDAH termasuk Ketua-Ketua Sayap PWUMNO, PPUMNO, Puteri UMNO Negeri KEDAH dan majoriti wakil rakyat UMNO di Negeri KEDAH. Diantara tokoh yang dikenali hadir ialah:-
Dato GHAZALI bin IBRAHIM-Tim. KUB Padang Terap /Setpol Menteri kewangan

Dato JOHARI BAHAROM-KUB Kbg Pasu

Dato AZEEZ bin RAHIM - KUB Baling

Dato JAMIL KHIR bin BAHAROM - KUB Jerai / Menteri di JPM

Dato ROZAI bin SHAFIAN-KUB Pendang

Datin Norashimah bt Md Nowar - Ketua Puteri KEDAH

Dato SHAIFUL AZIZY bin ZAINAL ABIDIN- Ketua PPUMNO KEDAH

iDato MAZNAH bt ABD HAMID- Ketua PWUMNO KEDAH.

Ucapan Dato Seri AHMAD BASHAH

seluruh pimpinan dan wakil rakyat UMNO KEDAH berhimpun untuk menyatakan bahawa kami hilang kepercayaan ke atas kepimpinan Dato Seri MUKHRIZ sebagai MB dan pengerusi perhubungan UMNO KEDAH.

kegagalan beliau untuk menyatupadukan UMNO dan Jentera Parti di semua peringkat Negeri KEDAH

Tiada sebarang perancangan yang strategik oleh UMNO untuk menghadapi PRU ke 14.

Sebagai MB KEDAH beliau juga gagal untuk urustadbir kerajaan negeri.

Sebab itu kami berhimpun untuk merayu dan membuat permohonan kepada Perdana Menteri untuk menukar MB KEDAH dan Pengerusi Perhubungan Negeri KEDAH.

Kami berharap PM akan segera mengambil tindakan terhadap perkara ini, demi menjaga parti dan rakyat di Negeri KEDAH dan kita juga akan menyokong sebarang keputusan yang akan diambil oleh YAB. Perdana Menteri.

  Kesemua Ketua UMNO Bahagian telah hadir kecuali JERLUN manakala  PADANG TERAP akan diwakili oleh Dato Seri GHAZALI IBRAHIM kerana Dato Seri MAHDZIR KHALID berada di LONDON.  Manakala turut dikesan hadir ialah Dato AZMI DAIM - Setpol MB KEDAH dan PIJA DAN ANAS - Pegawai Khas MB. Kehadiran mereka ini dipercayai bahawa untuk memantau keadaan. Setelah selesai kenyataan media tiada sebarang sesi soal jawab.