TerkiniLiveUtamaBeritaTerkiniUtamaNasionalPolitikParlimenWilayahLuar NegaraJenayahMahkamahKomunitiNahas & Bencana
Desktop SiteLogout
MOHD. ASRON MUSTAPHA

25 Januari 2016 11:41 AM
KUALA LUMPUR 25 Jan. - Malaysia tidak akan membenarkan kumpulan militan bertapak atau menyusup ke negara ini dan segala langkah perlu bagi memerangi ideologi serta aktiviti tersebut akan dilaksanakan tanpa apologetik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan sentiasa meletakkan keselamatan negara sebagai keutamaan dan atas kesedaran itulah, undang-undang pencegahan digubal meskipun ditentang kumpulan tertentu.
"Saya tidak akan benarkan Malaysia diresapi kumpulan militan. Mereka yang merancang untuk mengebom, mencedera dan membunuh rakyat tidak berdosa mesti diperangi dengan tegas," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Radikalisasi dan Memerangi Keganasan Ektremisme 2016 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.
- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-tidak-akan-benarkan-ekstremisme-bertapak-di-negara-ini-pm-1.183293#sthash.kAWPsZUL.dpuf