Selasa, 2 Februari 2016

Penyediaan Infrastuktur Cabaran Bagi Projek Rumah Kos Rendah:- DSD Dr Zambry Abd Kadir







Menteri Besar Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mengakui bahawa cabaran yang dihadapi dalam projek pembinaan rumah kos rendah adalah

dengan menyediakan infrastrukrtur.

"Kaedah menyediakan kawasan kecil untuk membuat kawasan perumahan untuk golongan berpendapatan rendah, kos infrastruktur jadi kekakangan yang

cukup besar.

"Kos untuk sediakan tapak berkenaan melibatkan jutaan ringgit,yang itu sebabnya mengapa pemaju terpaksa menjual pada harga yang tinggi salah

satu masalah utama, kos infra bagi kawasan berkenaan,"katanya.

Beliau yang ditemui selepas Majlis Pelancaran Suria@ Meru di Ipoh mengulas perkara itu selepas membuat kenyataan tentang pemilikan rumah

mampu milik.

Dalam menangani cabaran tersebut, Datuk Seri Diraja Dr Zambry mengakui akan kelemahan terhadap pendekatan yang digunakan oleh kerajaan negeri sebelum ini meskipun ia turut melibatkan kerjasama dengan pihak pemaju.

"Baru-baru ini kita bincang melalui Yayasan Bina Upaya (YBU), kita mulakan dengan kawasan yang kecil kita dapat sediakan dua tiga ekar,...Kos infrastruktur akan ditanggung kerajaan dan kita gunakan wang daripada kumpulan amanah (untuk tanggung kos infrastruktur).

"Kita sudah buatnya di Segari, dan ianya memang ideal," katanya kepada pemberita.