Saya merujuk kepada kenyataan media bertarikh 12 Mei 2016 dalam kenyataan balas terhadap saya oleh ahli EXCO Pulau Pinang YB Lim Hock Seng berkenaan isu projek mega Terowong Pulau Pinang bernilai RM 6.34 bilion yang telah dianugerahkan kepada Consortium Zenith BUCG (CZBUCG) oleh kerajaan negeri DAP Pulau Pinang.
Saya menunggu selama seminggu untuk mengeluarkan kenyataan ini kerana ingin menantikan ADUN PKR dan DAP menanyakan persoalan ini di dalam sidang Dewan Negeri Pulau Pinang, serta jawapan daripada kerajaan negeri.
Namun, soalan-soalan yang dibangkitkan tidak cukup kuat atau spesifik. Begitu juga dengan jawapan yang diberikan oleh kerajaan negeri yang kelihatannya tidak jelas dan seakan-akan ingin mengelak.
Saya sedia maklum ini merupakan kali kedua berturut-turut YAB Ketua Menteri memilih untuk tidak menjawab persoalan saya secara langsung - tetapi lebih memilih untuk membiarkan EXCOnya memberi respon . Walaupun saya mengharapkan jawapan daripada YAB Lim, YB Lim yang lain pula yang menjawab!
Seharusnya isu sepenting ini perlu diberi respon yang sewajarnya oleh Ketua Menteri sendiri.
Saya menghargai jemputan untuk melawat KOMTAR bagi melihat kertas kerja yang berkaitan. Namun, jemputan tersebut tidak memberikan banyak manfaat kerana atas beberapa sebab. Input yang didapati melalui beberapa kertas kerja yang ditunjuk hanya memberi sedikit manfaat jika ia ditunjukkan hanya kepada saya. Beliau seharusnya memberi tawaran berkenaan kepada yang lain-lain, lebih-lebih lagi yang bertapak di Pulau Pinang.
Antara lain, C4, kumpulan anti-rasuah; CHANT dan CAP - kedua-duanya merupakan NGO yang beroperasi di Pulau Pinang - setidak-tidaknya dua ADUN DAP; dan lima ADUN PKR turut menyuarakan persoalan mengenai projek terowong tersebut.
Sehingga kini, tiada diantara mereka telah menerima penjelasan yang memberangsangkan. Perbincangan hangat di dalam persidangan Dewan Negeri Pulau Pinang minggu lepas menyaksikan laporan STAC menyatakan projek Terowong Pulau Pinang telah dua kali ditanggungkan. Ini adalah bukti jawapan yang sebenar-benarnya masih belum dikeluarkan.
Mungkin lebih naik jika pihak mereka menunjukkan semua dokumen-dokumen kepada umum. Ini termasuklah klafisikasi minit-minit oleh EXCO - termasuk justifikasi bagi penganugerahan tersebut kepada tatapan umum dan membiarkan rakyat untuk membuat keputusan.
Saya juga sedia maklum mengenai kenyataan terbaru YB Lim Hock Seng yang kelihatan seperti penafian yang tidak kukuh dan beberapa percubaan untuk lari dari menjawab persoalan utama oleh saya.
Sebagai contoh, daripada menjawab secara langsung persoalan utama mengenai projek mega Pulai Pinang, YB Lim bertindak menanyakan kepada saya mengenai projek-projek yang terpencil dan tidak berkaitan dengan kerajaan Persekutuan. Sepatutnya, kerajaan Pulau Pinang harus lebih fokus untuk menjawab soalan-soalan dari saya berbanding menanyakan soalan mengenai projek-projek lain.
Saya bersetuju dimana saya telah mengulang beberapa persoalan saya yang lama. Namun, ia adalah kerana persoalan tersebut masih belum diberi perhatian.
Diterjemah oleh: KKMM