Sabtu, 21 Mei 2016

Laporan audit bukti PKR Selangor tidak peduli bumiputera


“Kuota bumiputera telah habis dijual,” itulah kata-kata yang sering dijadikan alasan oleh pemaju kepada pembeli bumiputera.

Semua ini dipercayai dilakukan bagi mengelak pemberian diskaun tujuh peratus dan dengan tujuan menjualkan kuota itu kepada bukan bumiputera.

Lebih malang lagi, meskipun kuota bumiputera sebanyak 30 peratus yang disyaratkan kepada pemaju dilaksanakan, peraturan itu tidak diendahkan oleh pemaju dan tidak ada pula tindakan yang diambil oleh kerajaan PKR Selangor.

Perkara ini didedahkan da­lam Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 1 yang menyatakan pelan tindakan tadbir urus serta mengawal selia perumahan kuota bumiputera Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) tidak dilaksanakan dan kerajaan PKR Selangor tidak mempedulikan bumiputera.

Ahli Dewan Undangan Nege­ri (ADUN) Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak berkata, beliau sering mendapat aduan daripada orang ramai tentang tindakan sesetengah pemaju yang sengaja mendakwa kuota bumiputera telah habis dijual untuk mengelak pemberian diskaun tujuh peratus.

“Banyak tempat yang saya terima aduan menyatakan apabila pembeli nak kuota bumiputera, pada hakikatnya masih ada,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

1 ulasan:

  1. benda ni bukan saja berlaku di negeri selangor.negeri2 yg umno printah banyak jugak berlaku

    BalasPadam