Jumaat, 27 Mei 2016

Isu deklarasi rakyat sampai ke puncak

Kelmarin, pendedahan seorang pengatur cara komputer telah mengejutkan politik tanah air.

Azharuddin bin Othman 30 tahun mendedahkan bahawa seorang penyokong mantan perdana menteri yang dikenali sebagai Ratu Naga telah menghubungi beliau untuk mendapatkan data pengundi PRU 13.

Data tersebut mengandungi jutaan nama, alamat dan maklumat lain yang diperlukan deklarasi rakyat.

Pada mulanya deklarasi tersebut menghadapi masaalah jumlah tanda tangan yang rendah. beberapa orang aktivis berselisih pendapat mengenai angka, namun segala permasalahan selesai dan mereka mendakwa telah dapat sokongan dan tanda tangan berjumlah 1.2 juta rakyat.

Kini dengan pendedahan kelmarin jelas telah mmbuatkan deklarasi rakyat 1.2 juta sudah boleh dibakul sampahkan.

Nasib baik deklarasi tersebut tidak dapat diiserahkan kepada pihak Istana Negara. Maka selamatlah mereka walaupun deklarasi tersebut telah siap sepenuhnya.

Andai kata deklarasi tersebut telah sampai ke istana, jawabnya panas bontotlah. Ia akan memberi impak besar kepada mereka. Mereka boleh di dakwa kerana cubaan menipu rakyat dan menipu Agong.