Jumaat, 27 Mei 2016

Isu Rasuah, Seks : Rafizi Diingatkan Jangan Main “Kong Kali Kong”


KUALA TERENGGANU, 26 Mei – Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris mengharapkan agar Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan mengotakan janjinya untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa pada Isnin depan berhubung dakwaannya tentang salah laku rasuah, seks yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh PKR hari ini.

Beliau juga mengharapkan Rafizi tidak akan berdolak dalih atau 'kong kali kong' dan memberikan seribu alasan untuk tidak membuat laporan tersebut pada tarikh yang dijanjikan itu.

"Saya berharap Ahli Parlimen Pandan tidak berdolak dalih lagi berhubung laporan yang mahu dibuatnya pada Isnin ini berkenaan salah laku rasuah yang berlaku di mana ianya melibatkan kakitangan awam di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

rafizi kong kalikong

"Sepatutnya, sebagai ahli politik yang memperjuangkan intergriti dan sebagainya, Rafizi lebih awal buat laporan kepada pihak berkuasa tentang isu salah laku ini sebaik saja beliau tahu dan ada bukti tentang salah laku rasuah tersebut tanpa perlu merujuk kepada presiden parti dan sebagainya.

"Mungkin juga perkara ini akan didiamkan oleh Rafizi sekiranya perbualannya melalui aplikasi whatsapp itu tidak terdedah dan diketahui umum", ujarnya kepada UMNO-Online di sini.

Bagaimanapun jelas beliau setelah perbualan dalam whatsapp yang didedahkan kepada umum melalui media sosial baru-baru ini dan juga setelah didesak dan diberi kata dua oleh UMNO Selangor, barulah beliau akhirnya mahu membuat laporan polis.

Sementara itu tegasnya, isu skandal rasuah dan seks yang didedahkan oleh Rafizi itu membuktikan bahawa kegagalan pembangkang dalam usaha untuk mengekang isu-isu rasuah yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Kalau selama ini, pembangkang seringkali menuduh kerajaan BN sebagai kerajaan rasuah dan korup, namun hari ini kita dapat lihat bahawa pentadbiran negeri yang ditadbir oleh kerajaan pembangkang juga tidak dapat lari dari isu skandal rasuah.

"Ini juga menjadi satu indikator di mana perlaksanaan dalam usaha pencegahan rasuah di bawah pimpinan kerajaan pembangkang juga seolah-olah tidak berkesan dan tidak dipandang serius, di mana sekiranya perbualan whatsapp Rafizi ini tidak terdedah kepada umum, barangkali kes-kes rasuah yang melibatkan kakitangan awam itu akan senyap begitu saja," tegasnya.

Rafizi Ramli yang juga merupakan Setiausaha Agung PKR, membuat kenyataan beliau akan membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan skandal rasuah 'wang dan wanita' dalam rundingan dengan kerajaan negeri Selangor ekoran setelah di desak oleh beberapa NGO dan kepimpinan UMNO Selangor.-MediaUMNO




Sent from Samsung tablet.