Rabu, 25 Mei 2016

Penipuan melibatkan 1MDB semakin terbongkar


Simpanan rekod berkenaan dengan dua individu yang didakwa dengan pelbagai kesalahan melibatkan hubungan antara BSI dan 1MDB.
--
Individu pertama : Yeo Jiawei (bekas pekerja BSI Bank) dengan 9 pertuduhan setakat ini.

Pertuduhan pertama  (22 April): Membeli hartanah menggunakan dana secara haram di mana beliau menerima SGD200K melalui akaun di Bank of China yang melambangkan “hasil daripada penipuannya”

Pertuduhan kedua (28 April): Menipu BSI dengan merahsiakan penerimaan kira-kira AS$1.6 juta setahun. Jumlah berkenaan, menurut kertas pertuduhan adalah sebahagian daripada yuran pengurusan tahunan yang dibayar oleh Brazen Sky Ltd milik 1MDB kepada Bridge Partner Investment Management (Cayman) Ltd.

Pertuduhan ketiga (28 April): Cubaan untuk memutarbelitkan proses keadilan dengan meminta Encik Goh Sze-Wei Samuel mengatakan bahawa AS$1.6 juta yang diterima adalah perlaburan daripada beliau.

Pertuduhan keempat (5 Mei): Menipu BSI dengan menyembunyikan fakta bahawa beliau menerima sebahagian daripada bayaran yang telah dibuat kepada Pacific Harbor Holding menerusi Bridgerock Investment, syarikat milik Yeo.

Pertuduhan kelima (5 Mei): Memutarbelit proses keadilan dengan sengaja apabila meminta Kevin Swampillai untuk berbohong kepada polis berkenaan sejumlah wang yang telah dipindahkan oleh Samuel Goh Sze-Wei kepada Bridgerock Investment dan GTB Investment.
Pertuduhan keenam (5 Mei): Memindahkan $500,000 daripada akaun Malaysia Banking Berhad atas nama Bridgerock Investment Inc ke dalam akaun Oversea-Chinese Banking Corporation (OCBC). Dokumen-dokumen mahkamah telah mengisytiharkan jumlah berkenaan sebagai ‘hasil daripada perbuatan jenayahnya”.

Pertuduhan ketujuh (12 Mei): Pemalsuan dengan memalsukan tandatangan surat sokongan kepada Ketua EMEA Pencegahan Pengubahan Wang dan Sekatan Pematuhan Citigroup agar mempercayai surat berkenaan ditandatangani oleh pihak berkuasa BSI Bank untuk memudahkan proses pemindahan AS$11.95 juta (S$16.3 juta) daripada SRC International (Malaysia) kepada Affinity Equity International Partners.

Pertuduhan kelapan (24 Mei): Menipu BSI dengan merahsiakan sebahagian daripada bayaran yang diterimanya oleh Pacific Harbor Holdings (PHH).

Pertuduhan kesembilan (24 Mei): Menipu BSI dengan merahsiakan sebahagian daripada bayaran yang diterimanya daripada Devonshire Capital Management (DCM).
--
Individu Kedua: Kelvin Ang dari NRA Capital dengan 1 pertuduhan:

Pertuduhan pertama (20 April): Berlaku tidak jujur dengan memberi wang suapan sebanyak S$3,000 di antara tahun 2013 dan 2014 kepada penganalisis penyelidikan Lee Chee Waiy untuk mempercepatkan penyediaan laporan penilaian yang positif yang dikeluarkan oleh firma penyelidikan ekuitinya.
--
Pada masa yang sama, BSI cawangan Singapura telah diarahkan untuk menutup beberapa cawangannya  - yang memberi sejumlah 41 pertuduhan dalam tempoh setahun.

Audit MAS pada tahun 2011 menemui polisi dan proses luput serta penguatkuasaan kawalan fungsi yang lemah.

Audit MAS 2014 juga menemui penyusutan yang serius dalam  pemeriksaannya ke atas aset pendasar kepada struktur dana pelaburan bagi pelanggannya.

Manakala, pada audit tahun 2015 telah menemukan pelbagai  perlanggaran peraturan anti pengubahan wang haram dan corak ketidakpatuhan yang berleluasa.

Sehingga kini, tiada sebarang pertuduhan – sama ada di sini ataupun di Switzerland terarah kepada pegawai-pegawai 1MDB, menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh 1MDB bahawa pihak mereka belum dihubungi oleh mana-mana badan penyiasatan daripada Singapura dan Switzerland.

Switzerland turut menyiasat bekas pegawai 1MDB (di mana beliau tiada sebarang kaitan dengan pihak tertinggi 1MDB yang lalu atau sekarang), dua bekas pegawai Kerajaan Abu Dhabi dan pegawai BSI Bank di atas ketidakpatuhan.

Diterjemah oleh: KKMM