Rabu, 25 Mei 2016

Rasuah Wang, Seks : Rafizi Boleh Didakwa Di Bawah Akta 212 Kanun Keseksaan


KUALA LUMPUR,  24 Mei – Seorang pengamal undang-undang, Kamaruddin Ahmad berkata, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sepatutnya bertanggungjawab melaporkan salah laku berhubung skandal rasuah dan seks seperti yang tersebar  dalam perbualannya di aplikasi Whatsapp kepada pihak berkuasa sama ada pihak polis mahupun kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tentang salah laku tersebut.

Jelas beliau, sekiranya Rafizi gagal berbuat demikian, beliau boleh didakwa dan dikenakan tindakan di bawah seksyen 212 Kanun Keseksaan kerana melindungi pesalah, kerana perbuatan meminta suapan dalam bentuk wang ringgit mahupun khidmat wanita merupakan satu kesalahan.

Rafizi Bodoh1"Tak kisahlah sama ada individu itu wakil rakyat atau orang biasa, perbuatan meminta suapan seperti itu tetap merupakan satu kesalahan. Sekiranya Rafizi gagal berbuat demikian, maka beliau boleh dikenakan tindakan di atas akta 212 kanun keseksaan kerana melindungi individu tersebut.

"Dakwaan Rafizi itu merupakan satu dakwaan yang serius kerana ia melibatkan kredibiliti kerajaan negeri Selangor. Tanggungjawab beliau adalah untuk melaporkan hal berkenaan kepada pihak polis atau SPRM bagi membolehkan siasatan dibuat," jelas dalam satu temubual eksklusif UMNO-Online di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma turut senada dengan kenyataan pengamal undang-undang, Kamaruddin Ahmad, serta mendesak Rafizi Ramli agar melaporkan perbuatan salah laku individu yang dimaksudkan di dalam perbualan whatsapp tersebut kepada pihak polis dan juga SPRM.

"Kenapa Rafizi cuba menafikan perkara tersebut sedangkan perbualan whatsapp yang telah tersebar itu jelas bukan fitnah atau direka-reka kerana beloau mengakui bahawa perbualannya di dalam grup whatsapp Solidariti Untuk Anwar adalah tulen.

"Sepatutnya, Rafizi yang selama ini kononnya memperjuangkan intergriti mestilah melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa dan bukannya bertindak menafikan perkara itu seolah-olah beliau mahu melindungi individu yang dimaksudkan di dalam perbualannya itu," tegasnya.

Zein seterusnya berkata, sekiranya Rafizi terus mendiamkan perkara ini dan tidak melaporkan kepada pihak berkuasa seperti polis atau SPRM, maka beliau mewakili UMNO Selangor akan membuat laporan kepada pihak polis agar menyiasat perbualan whatsapp  Ahli Parlimen Pandan itu berhubung perbuatan salah laku rasuah yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

"Kami berikan Rafizi tempoh lima hari untuk membuat laporan polis berhubung dakwaanya tentang perlakuan rasuah dan seks yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Sekiranya beliau  gagal, maka kita akan membuat laporan polis meminta  kenyataan beliau disiasat di bawah akta 212 Kanun Keseksaan kerana melindungi individu yang melakukan perbuatan jenayah," ujarnya.

Baru-baru ini, whatsapp perbualan Ahli Parlimen Pandang itu di dalam grup whatsapp Solidariti Untuk Anwar telah tersebar meluas di mana di dalam perbualan tersebut, Rafizi mendakwa berlakunya salah laku di kalangan kakitangan awam dalam pentadbiran kerajaan negeri yang meminta rasuah wang ringgit dan khidmat wanita.

Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menafikan perkara tersebut serta menyifatkan ianya sebagai  tindakan  jijik tanpa bukti sebagai kempen cubaan untuk memburukkan pentadbirannya yang diusahakan oleh pihak tertentu.-MediaUMNO



Sent from Samsung tablet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan