Selasa, 14 Jun 2016

BN Sasar 4 ribu majoriti di Kuala Kangsar #PRKKUALAKANGSAR #KEKALBN



Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Shaarani Mohamad berkata, sasaran 4,000 majoriti di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar bukanlah sesuatu perkara yang mustahil untuk dicapai.

Jelasnya, sasaran tersebut dibuat berdasarkan kiraan kasar peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu.

Tambah beliau jika momentum 86 peratus keluar mengundi unjuran tersebut boleh menjadi kenyataan. 

"Yang kurang itu mestilah pengundi daripada pembangkang. Ini bukan satu perkara mustahil dan boleh dicapai dengan syarat kita telah mengenalpasti pengundi yang berpotensi dan tahap sokongan mereka serta bagaimana mereka akan datang mengundi.

"Jika ini dapat kita lakukan dengan baik maka untuk mencapai sasaran tersebut bukan sesuatu yang mustahil," ujarnya dalam satu wawancara khas bersama UMNO-Online.

Shaarani yang juga merupakan Pengerusi Bilik Gerakan BN di PRK Kuala Kangsar ini menegaskan, bagi merealisasikan sasaran tersebut, jentera parti yang diatur telahpun mengenalpasti dan berjumpa dengan para pengundi.

"Untuk peringkat ini saya sudah melihat semua jentera… Mereka bekerja keras untuk mengenal pasti pengundi yang berpotensi mengundi BN iaitu pengundi putih. Kita telah menjejak mereka ini yang dahulunya telah mengundi BN dan kali ini mereka tidak beralih arah.. masih penyokong BN..

"Kita juga sudah kenalpasti pengundi yang tidak keluar mengundi dahulu atas sebab-sebab tertentu dan mereka telah bersetuju untuk keluar mengundi pada kali ini.

"Begitu juga dengan pengundi luar… Kita telah kenalpasti. Mereka ini akan balik mengundi. Kerana itu kepada saya insha allah kita akan mengekalkan kemenangan di parlimen Kuala Kangsar ini," ujarnya lagi.





Sent from Samsung tablet.