Selasa, 7 Jun 2016

Calon PAN Kuala Kangsar bukan tongkol kayu ? #PRKKUALAKANGSAR #KEKALBN



Sebuah blog Pas yang telah murtad ke Pan telah menulis bahawa calon Pan Kuala Kangsar bukan tongkol kayu.


Ya, betul sangat tu, sebab hanya manusia yang menjadi warganegara Malaysia sahaja boleh bertanding. Tongkol kayu buat hiasan dan kayu api sahaja,.


Ya sebagai menyanggah telahan Pas, dan dengan riaknya memuji Dr Termizi yang bergelar profesor fizik dan bekas ahli Pas yang aktif dalam NGO bernama Ikram yang dipayung oleh Pas.


Dr Termizi juga sama seperti Dr Mujahid Yusof Rawang adalah hasil didikan doktrin Pas yang aktif di semua universiti tempatan.


Malah KPI Ikram adalah mewajibkan menambah ahli setiap bulan terutama dari kalangan pelajar baru.


Tidak hairanlah ramai pelajar kita yang menuntut di luar negara seperti Leeds university United Kingdom ramai menyokong Pas. Antaranya graduan Leeds yang menjadi ahli Pas ialah Khalid Samad, Nizar Jamaluddin dan ramai lagi.


Berbalik kepada isu Tongkol Kayu , adakah ia betul atau tidak?


Dr Termizi dilahirkan di Manong tetapi membesar di Bagan Serai, Selama Perak dan seterusnya di Ipoh sebelum ke United Kingdom dan kemudian nya menetap di Lembah Kelang Selangor. Beliau juga adalah pengundi di Parlimen Shah Alam.


Walaupun ada pihak yang mendakwa beliau anak tempatan, apakah sumbangan beliau kepada penduduk Kuala Kangsar amnya dan kampungnya tempat kelahiran nya di Kg Suak Petai Manong khususnya ?


Berapa ramai anak-anak Manong yang telah dibantu oleh beliau untuk menjadi cerdik pandai? Berapa banyak bantuan kewangan yang dihulurkan untuk kebajikan anak-anak miskin Manong?


Jadi dakwaan PAN Dr Termizi bukan tongkol ada salah. Dia sememangnya tongkol kayu yang tidak tahu membalas jasa kepada kerajaan yang telah banyak membiayai pengajian nya di luar negara dari peringkat ijazah pertama hingga ke phd. Hanya tongkol yang tidak tahu mengenang jasa.


Jadi, apakah kehadiran nya di PRK Kuala Kangsar akan membantu dan memberi khidmat kepada masyarakat?


Jawapannya tidak, dia hanya mahu bergelar ahli parlimen sahaja. Apakah beliau menghadapi masalah kewangan selepas menjadi orang pencen?


Sama-sama kita fikirkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan