Khamis, 9 Jun 2016

#KEKALBN #PRKKUALAKANGSAR : 3 KALI NAIK PECAH TANAH UNTUK JAMBATAN MANONG.????



Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, YB Mohd Kamil Shafie hari ini mengecam tindakan pembangkang yang memasang papan tanda iklan berunsurkan fitnah di sekitar Kuala Kangsar dan Manong dalam kempen mereka di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Beliau berkata papan iklan berunsur fitnah itu dilihat memutar belit sesuatu perkara dalam usaha mereka meraih undi.

“Contohnya satu papan iklan yang menfitnah bahawa Jambatan Manong sudah tiga kali pecah tanah sedangkan tidak pernah dilakukan pecah tanah, ini merupakan satu polemik untuk mendapat sokongan rakyat semata-mata,” katanya kepada pemberita di Pusat Media di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan BN telah lama berjuang untuk mendapatkan jambatan itu tetapi ia bukan perkara mudah kerana memerlukan perancangan dan penelitian.

Bagaimanapun beliau berkata BN belum membuat laporan polis mengenai perkara itu.
SEMUA YANG BEKERJA IALAH MUKA DAP. MANA MUKA MELAYU PAN?