Khamis, 9 Jun 2016

Polis akan panggil Tony Pua untuk siasatan #KEKALBN

Pegawai Perhubungan Media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Besar, ACP Khalil Ariffin berkata pihaknya akan memanggil Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua untuk siasatan berhubung pengakuan beliau terhadap pemasangan papan iklan yang menghina Barisan Nasional selain berbaur perkauman di pekan Sekinchan, Selangor semalam.

Menurut Khalil beliau juga akan memanggil Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara itu bersama beberapa individu berkaitan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terhadap pemasangan papan iklan berkenaan sebagai kempen kepada Parti Amanah Negara (PAN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Poster provokasi Sg Besar 2"Dia (Tony Pua) mengaku? Kalau dia mengaku kita akan panggil dia untuk kita siasat dan kita tunggu siasatan sebab kita nak kena tengok juga siapa yang naikkan, siapa yang buat, siapa yang pasang benda ni. Kalau dia mengaku dia pasang tapi dia tak ada kat situ," kata Khalil.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam, Selangor pada Khamis.

Menurut Khalil kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta 500 Kanun Keseksaan.

Poster provokasi Sg Besar 1Susulan pemasangan poster dan papan iklan provokasi oleh PAN di Pekan Sekinchan, Selangor semakan, satu laporan polis diterima IPD Sungai Besar menyentuh tindakan parti itu yang sengaja menyentuh sensiviti parti BN selain berbaur perkauman.

Laporan polis berkenaan dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang turut menafikan beliau pernah membuat kenyataan 'Panggil Cina babi tidak salah' seperti yang tertera di poster berkenaan.



Sent from Samsung tablet.